Kecoh buku teks bahasa inggeris darjah 1 ada unsur kristianisasi, sekali cikgu dedah cerita sebenarnya

Oleh MHDAILY

Kecoh buku teks bahasa inggeris darjah 1 ada unsur kristianisasi, sekali cikgu dedah cerita sebenarnya. Aduh begini lah kalau parent cepat panik terus viralkan tanpa merujuk cikgu-cikgu atau anak murid.

Memang mudah jadi sensasi kalau tangkap gambar tanpa konteks begini.

Sebagai seorang bekas guru Bahasa Inggeris yang dah beberapa tahun mengajar menggunakan Buku teks Supermind ni, tak pernah pula saya rasa kesyirikan mengajar English.

Kecoh buku teks bahasa inggeris darjah 1 ada unsur kristianisasi, sekali cikgu dedah cerita sebenarnya

Dan tak pernah juga kami ajar tentang Halloween.

Ibu bapa kena faham, buku ni diimport dari UK. Jadi memang akan ada kandungan begini. Tapi semasa penataran silibus CEFR dulu, cikgu cikgu semua ditekankan untuk ADAPTASI kandungan buku dengan konteks tempatan.

No photo description available.

Malah silibus yang dirangka, scheme of works yang dibina pun tak ada ajar Halloween ni, jadi ia kekal sebagai lembaran di mukasurat belakang yang tak digunakan.

Tapi kita juga jangan takut murid-murid terdedah sebaliknya gunakan peluang ni untuk ajar murid, Halloween ialah perayaan sekian sekian dan kita sebagai Muslim tak boleh menyambutnya.

No photo description available.

Kalau terlalu mengelak topik sensitif ni, bimbang anak-anak ada fahaman sendiri lagi payah.

Yang kedua, page page yang ditangkap gambar tu tentang Haunted House, sepanjang saya mengajar tak pernah pula saya rasa bertema halloween sebab topik tu akar tentang parts of the house (bedrolm, cellar, hall etc ) (dan jujurnya bab ini pun cikgu cikgu perlu bijak adaptasi dengan perkenalkan bahagian rumah yang ada di Malaysia sebab rumah kita tak sama dengan Barat.

Tapi ini dah hal lain)
Gambar monster tu pula berkesinambungan dari topik toys, dan dia hanya digunakan sebagai simbol, boleh ke cikgu cikgu gantikan dengan Kucing, Rimau, Biawak Tokek ke.

Ada banyak kekurangan silibus CEFR , contohnya kalau tanya saya secara peribadi , seperti saya selalu sebut sebutkan saya rasa arasnya lebih rendah berbanding silibus zaman UPSR . Ini saya perhatikan sendiri apabila murid Tahun 4 masih belajar membina ayat ringkas dalam silibus CEFR sedangkan Tahun 4 dulu sudah kena bina karangan membuat pilihan antara dua objek (UPSR) Tapi kebaikannya pun banyak.

Cuma bab akidah anak terjejas ni saya tak setuju jadi tenang ya.

BACA: Dah jadi banduan akhir pun ada selera nak makan, ini senarai makanan yang diminta no.7 tu paling tak masuk akal!

Kerana sambutan luar biasa Menu Rahmah, sekali Singapura pun tiru!