Seorang lelaki berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang 3 meter dengan tangan di tepi sebuah terusan
semasa banjir berlaku di Makassar, lapor portal berita Detik Sulsel hari ini.
Kejadian tersebut berlaku apabila orang ramai terlihat reptilia itu berenang di tepi terusan di daerah Mariso.
Lelaki berkenaan, Wandi, 35, turun ke dalam terusan dan berusaha mencari ular tersebut.
Wandi mengakui bahawa menangkap ular sawa di dalam air bukan perkara mudah, dan ketika dia turun, reptilia itu bergerak ke arah rimbunan pokok yang terletak di tepi terusan.
“Ketika ular itu menjalar naik ke pokok, saya tarik ekornya dan kemudian pegang badannya. Saya akhirnya berjaya menggenggam kepalanya,” kata Wandi.
Ular tersebut berjaya dibawa ke darat dan panjangnya diukur sepanjang 3 meter. Walau bagaimanapun, berat ular tersebut masih belum diketahui kerana belum ditimbang.
Wandi berkata bahawa dia sering menangkap ular di kawasan tersebut, dan ada kalanya dia menangkap ular sawa yang jauh lebih besar.
BACA: Seiring permodenan, Malaysia satu dalam dunia terima duit kripto bayar zakat
I loved as much as you’ll receive carried out right here. The sketch is tasteful, your authored material stylish.