Kebenaran untuk MUDA saman ROS diputuskan mahkamah pada 4 Feb

Kebenaran untuk MUDA saman ROS diputuskan mahkamah pada 4 Feb

Keputusan sama ada Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dapat meneruskan tindakan undang-undang untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik akan diketahui pada 4 Feb.

Pada tarikh itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada akan membenarkan Muda memulakan permohonan semakan kehakiman terhadap Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Keputusan ditetapkan pada 4 Februari,” kata hakim kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi, selepas pendengaran dalam talian di hadapan hakim Mariana Yahya hari ini.

Seramai 13 pemohonon, termasuk ketua Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, diwakili oleh bekas peguam negara Tommy Thomas dan bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga.

ROS menolak permohonan pendaftaran Muda menerusi emel pada 6 Jan lalu.

Muda menerusi firma Tetuan Sreenevasan memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Jan lalu.

Mereka memohon arahan mahkamah untuk membatalkan keputusan ROS dan memohon ganti rugi termasuk ganti rugi teruk, kos, dan ganti rugi lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Salinan afidavit Syed Saddiq mendakwa keputusan ROS itu bercanggah dengan perlembagaan kerana mencabul hak kebebasan bersuara dan berpersatuan.

Dia mendakwa keputusan itu tidak sah kerana dibuat melangkaui kuasa responden berdasarkan Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966. –MK