Asalamualaikum min, Aku bercinta dengan isteri aku selama 10 tahun, isteri aku seorang yang sopan dan menjaga adab peegaulan..
selama bercinta aku tak pernah sentuh mana mana perempuan..
Habis belajar, aku belum ada rezeki kerja, walaupun aku ada degre, aku keje kat kfc..
aku tau, takat keje kfc mana layak untuk dia, masa tu aku ada ajak dia nikah tapi mak ayah dia minta hantaran 20k dan Ok takpe demi cinta aku akan berusaha dapatkan 20k..
3 bulan aku keje kat kfc, aku tak mampu kumpul wang sebanyak itu, kebetulan ada pangilan inteview pegawai gov. Aku pegi, Alhamdulillah, aku diterima, namun aku terpaksa tranning dalam tempoh ya lama..
sebelum aku tranning, aku mengikat tali pertunangan dan aku benjanji dalam 5 tahun pertunangan aku akan melamar dia..
Alhamdulillah, dalam tempoh 5 tahun, aku kerja, gaji aku tak besar mana, aku bisnes so dalam masa 5 tahun aku dah ready untuk kawin, aku hanya ada kereta viva dan rumah sewa sahaja.
Aku ingat selepas kawin aku baru aku akan beli rumah sebab simpanan aku hanya untuk hantaran dia sahaja… majlis nikah kami berjalan dengan lancar, namun entah lah min, beberapa hari sebelum nikah, dia macam nak tak nak je..
Selepas nikah, malam pertama berlalu macam tu je, aku faham mungkin dia penat.. esok dan sebulan berlalu tetap macam tu je, kami tak seperti pasangan berkahwin, entah lah min.
Aku rasa masa tu mungkin dia malu ke apa.. aku peluk dia min. Aku tanya kat dia. Napa malu2. Kita dah lama nantikan masa ni.. bila kita bersama, berdua..
Dia tiba2 menangis min. Aku tak tau apa salah aku kat dia, dia minta ampun kat aku, aku tanya kenapa tapi dia tak nak cerita.. malam tu aku mandi pakai wangi2 aku goda dia.
Sepatutnya dia yang goda aku. Tapi teebalik. Takpe aku mengalah..
Pertama dia menolak, namun aku pujuk dan merayu, akhirnya kami bersama.. tapi aku pelik bila lepas bersama tiada dara yang keluar. Bila aku tanya sebab pelik bukan kah pertama kali dara akan keluar?
Aku dengar pun dari mak aku..
Isteri aku buat muka bingung. Katanya dia pun x tau. Ok takpa aku diamkan saja..
Kami jalani hari2 macam biasa. Namun tetiba kawan aku ajak keluar, dia suruh ajak bini aku.
Aku ajak bini sekali. Tp bini aku macam malu bila nampak kawan aku tu.. aku syak ada yg tak kena pada isteri aku min..
Aku hack wasap isteri aku, mereka rasa serba salah kat aku min. Aku sah baca semua chat mereka.
Isteri aku terlanjur dengan kawan aku min. Masa aku tranning, aku harap kawan aku jaga dan lindungi isteri aku. Tapi kawan aku makan isteri aku min..
sekarang aku pergi jauh, aku nak tenangkan fikiran. Isteri aku dan keluarga aku call cari aku.. semua aku tak jawab..
aku buntu nak buat apa.. pengorbanan aku tak di hargai. Wanita dan kawan yang aku percaya buat aku macam ni, isteri aku merayu2 di wasap. Minta aku maafkan dia. Tp buat masa ni aku tak mampu buat keputusan..
Aku sayang dia ter amat Tapi aku tak boleh terima jika isteri aku ditebuk tupai dan dirasmikan oleh orang lain..
aku tak pernah bersama mana2 wanita sebab aku sayang isteri aku.. ya allah kenapa ujian yang kau beri terlalu berat..