‘Kau dah kenapa?’ DBKL ‘sound’ orang ramai hadir hari merdeka rosakkan pokok. Semangat menyambut kemerdekaan pada tahun ini boleh dikatakan sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Kalau sebelum ini orang ramai tertumpu kepada kawasan Dataran Merdeka, namun tahun ini Jalan Tunku Abdul Rahman dan sepanjang Jalan Raja Laut sesak dengan lautan manusia.
Walaupun kisah ini pasti membanggakan, namun ada benda yang kurang enak terjadi sepanjang sambutan Hari Kebangsaan 2022 baru-baru ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam satu hantaran terbaharu di Facebook meluahkan rasa kecewa dan berang dengan sikap segelintir pengunjung yang hadir ke pertunjukan perarakan hari kemerdekaan semalam kerana telah merosakkan persekitaraan.
Dalam muat naik semalam, kelihatan pokok-pokok yang ditanam oleh pihak DBKL di sekitar kawasan perarakan hancur musnah dipijak oleh pengunjung. Beberapa gambar dapat dilihat di mana tanah yang sebelum ini mempunyai tumbuhan, kini rata setelah dirosakkan oleh pengunjung yang hadir.
“Seronok Min tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.
“Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.. langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik semangat tu dah bagus.. tapi caranya tak betul,” kata DBKL.
Hantaran tersebut turut mendapat kecaman dari pengguna maya yang jelas tidak berpuas hati dengan pengunjung yang tidak bertanggungjawab merosakkan tanaman tersebut.
akak baju hitam tu siap bercekak lagi kau yee pijak pokok selamba badak kau ye
— Pikriee (@fikriismail98) August 31, 2022
Weh.. Mahal kos pokok-pokok landskap tu… Takde perasaan langsung ker? Nak tunggu hidup sekian hal, kos pembajaan lagi, walaupun Majlis Perbandaran ada nursery dia tp kos still too much nak recover balik. Secara tak langsung akan memburukkan pemandangan…
— Han Li (@ketosismode) August 31, 2022
Wey giler ni. Adab x merdeka lagi haha
— Princess Sakura (@mxxnjb7) August 31, 2022
Untuk rekod, selepas 2 tahun berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, tahun ini sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 disambut meriah oleh rakyat Malaysia.
Menjengah ke media sosial, orang ramai didapati telah mula membanjiri Dataran Merdeka seawal pukul 4.30 pagi bagi menyertai sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka.
BACA:
Kerajaan umum 3 ‘hadiah kemerdekaan’ khas untuk rakyat Selangor
Tindakan Shila Amzah campak gula-gula dari mulut masa tengah ‘live’ buat penonton terkejut
Ini baru Keluarga Malaysia! Mak mentua lain bangsa jaga menantu pantang macam ‘queen’