“Kau apahal ambil gambar hah?! Nak tunjuk baik ke? Kalau nak bagi makan tu bagi je la! Kalau ambil gambar tak payahlah, pergi balik!”

Oleh MHDAILY

“Kau apahal ambil gambar hah?! Nak tunjuk baik ke? Kalau nak bagi makan tu bagi je la! Kalau ambil gambar tak payahlah, pergi balik!”

Suatu malam, penulis menyertai Reach Out: Community Walking Tour anjuran Gerak Budaya-Urbanscapes

Tunjuannya bagi mendengar cerita dan berkongsi makanan dengan penduduk kota Kuala Lumpur (KL) yang terpinggir dan dilupakan, iaitu gelandangan.

"Kau apahal ambil gambar hah?! Nak tunjuk baik ke? Kalau nak bagi makan tu bagi je la! Kalau ambil gambar tak payahlah, pergi balik!"

Para peserta berkumpul di suatu tempat sebelum bergerak ke sekitar KL secara berkumpulan. Tiga orang pelancong dari luar negara turut menyertai kumpulan kami yang terdiri daripada kira-kira 18 orang.

Sebelum bermula, ketua kumpulan memberi taklimat dan meminta kami menyimpan smartphones masing-masing dalam beg dan kalau boleh jangan ambil gambar. Sila pisahkan alam maya dan alam realiti buat sementara waktu.

Penulis berasa teruja dan berdebar kerana ini kali pertama penulis turut serta dalam aktiviti sebegini. Sebelum ni penulis ada baca satu novel ni, bertajuk NEON. Novel NEON ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang hampir memiliki segala-galanya sebelum hilang segala-galanya dan tidur di bawah jambatan.

Lalu penulis turun di jalanan untuk melihat sendiri gambaran kehidupan itu.

Tanpa disedari, malam itu penulis bakal bertemu dengan seseorang yang kisah hidupnya mirip dengan jalan cerita novel tersebut.

Penulis & the geng menemui Fauzan (bukan nama sebenar), sedang duduk bersandar di tiang. Kawan Fauzan membentang hamparan kotak-kotak dan mempersilakan kami duduk mengelilingi mereka berdua.

Dalam bahasa Inggeris yang fasih, Fauzan mula bercerita mengenai kisah hidupnya…

Fauzan berasal dari Sarawak. Bapanya bekerja sebagai bos dan mempunyai perniagaan sendiri. Hidupnya sudah biasa dilimpahi duit dan kemewahan.

“Masa tengah kaya-raya, saya pergi travel ke serata New Zealand, Australia dan UK. Buckingham Palace? Saya sampai dah…” kata Fauzan selamba membuat kami terlopong mendengarnya.

“Oh my God…” kata awek blondie dari Australia sebelum menutup mulutnya.

Selain itu, ibu bapanya turut memberi pelajaran kepadanya setinggi yang mungkin. Fauzan pelajar yang bijak. Walaupun bermain game sampai pukul tiga pagi sebelum exam, dia tetap berjaya score pointer 3.5 ke atas. Kehidupannya tampak begitu perfect sekali.

“Namun semuanya berubah bila saya kenal dan jatuh cinta pada seorang awek ini…” ujar Fauzan.

Setelah jatuh cinta dan heartbroken, pelajarannya turut merosot hingga akhirnya dia gagal. Dia bertunang dan mahu mengahwini awek tersebut. Dia juga sanggup meninggalkan agama Kristian yang dianutinya dan memeluk Islam.

Fauzan menyangka cuaca panas hingga ke petang, rupanya hujan lebat berserta guruh di tengah hari apabila tunangnya bertindak meninggalkannya. Dia pun mula berhijrah ke KL untuk memulakan hidup baru.

Dia mula membuat bisnes dan berjaya. Namun kerana judi dan perempuan, perniagaannya lingkup dan dia hilang segala-galanya termasuk tempat berteduh. Akhirnya dia sedar bahawa gagal dalam hidup lebih memeritkan daripada gagal percintaan.

Bapanya ada menyuruh dia pulang namun Fauzan tidak mahu. Baginya, selagi tidak berjaya dia tidak mahu pulang. Dia tidur di kaki lima dan di situlah dia belajar realiti dan makna kehidupan sebenar.

“Hidup di jalanan ini mengajar saya untuk berdiri atas kaki sendiri, survival skill dan paling penting, macam mana nak percayakan orang. Saya dulu hilang beratus ribu ringgit sebab terlalu percayakan orang la.” cerita Fauzan lagi.

“Di sini, kita tahu siapa kawan kita sebenar. Dia ni la yang selalu ada. Susah senang saya semua dia tahu.” kata Fauzan sambil menepuk bahu kawannya yang senyap saja dari tadi.

Fauzan turut menceritakan bahawa dia ada berusaha mencari pendapatan dengan mengutip sampah, recycle dan menjual di Pasar Karat. Ramai orang menggelakkan dia namun akhirnya orang-orang itu jugalah yang meminta sedikit sesuap nasi daripadanya, hasil jualan kutipan sampah tersebut.

Di samping itu, perlahan-lahan Fauzan mencari Tuhan. Dia mula solat dan belajar mengaji Al-Quran di masjid.

“Hidup ni, jangan lupa Tuhan. Kalau kamu rasa hidup ni kosong, carilah Dia. Agama tak pernah salah ajar pun tapi penganutnya yang ramai kurang ajar. Tak kisahlah agama apa pun.” ujarnya lagi.

Sisi gelap Kota Metropolitan KL.

Selepas itu, kami berjalan kaki ramai-ramai meredah kegelapan malam dan hujan menuju ke kawasan lain untuk mengagihkan makanan di situ pula. Tiba di suatu lorong, ada ramai lagi rupanya. Mereka tidur di kaki lima, atas lantai dan menjadi bufet makan malam para nyamuk.

Apa yang menyedihkan penulis, ada seorang ibu sedang mendodoikan bayinya di tempat itu.

“Kau apa hal ambil-ambil gambar hah?! Nak tunjuk kau orang ni baik ke? Kalau nak bagi makanan tu bagi je la! Kalau setakat nak ambil gambar ni tak payahlah, pergi balik!” Satu suara mengejutkan kami. Kelihatan seorang lelaki dalam pertengahan umur bangun marah-marah kerana ada di antara kami yang mengambil gambar.

Ketua kumpulan kami bersemuka dengan lelaki tersebut dan cuba bawa berbincang. Mujur tiada adegan yang tidak diingini berlaku. Lelaki tadi cuma meluahkan rasa tak puas hati dan kemarahannya.

“Aku tahu apa yang kau orang buat ni baik. Aku bukan gelandangan, tapi aku selalu lepak dengan dia orang ni, banyak cerita yang aku tahu. Apa yang aku tengok, ramai yang bagi makanan lepas tu ambil-ambil gambar, selfie. Respect sikit privasi dia orang. Apalah perasaan keluarga dia orang bila tengok terpampang di surat khabar.

“Lagi satu, kenapa bawa pelancong asing datang sini? Malu bro, tengok Malaysia kita macam ni.” ujar lelaki itu tadi dan suaranya mula direndahkan setelah hampir 10 minit memaki kami.

“Okay, bang. Kami minta maaf kalau ada salah silap. Lepas ni tak buat lagi.” kata ketua menghulurkan salam tanda perdamaian.

“Aku minta maaf juga sebab tinggi-tinggi suara tadi. Jangan risau, apa yang kau orang buat ni bagus dah. Tapi niat tu biar kau orang dengan Tuhan je tahu.” Lelaki itu menyambut salam tersebut dan konflik itu selesai begitu saja.

Selesai mengagihkan makanan dan jam pun sudah berdetik pukul 9 malam, kami mula bergerak untuk pulang. Para gelandangan melambai-lambai ke arah kami siap dengan ucapan terima kasih.

“Bye-bye, thank you and may God bless you!” kata seorang perempuan memakai bandana di kepalanya sambil memegang erat bungkusan makanan yang diberi.

Sebelum bersurai, kami berkumpul di stesen LRT terdekat dan masing-masing meluahkan pendapat dan perasaan. Kami belajar sesuatu malam tu.

Awek blondie tadi menyatakan rasa kagumnya, bagaimana gelandangan itu nampak tenang dan meneruskan hidup tanpa complain apa-apa. Keep calm dan makan nasi lemak yang kami bawa untuk mereka.

Selalunya, orang yang hampir tiada sebab untuk complain yang banyak complain.

BACA:

“Dari pengakuan isteri saya, sudah tiga kali.”, Ketua Kampung buat hal! Ajak isteri orang berzina di hotel!

Hadapi persaingan sengit, 3 krisis ekonomi dunia dan pandemik Covid, Ini rahsia A&W boleh bertahan lama di Malaysia