Kat Malaysia tak boleh cari makan, Ruhainies didakwa cuba sondol kekasih artis Thailand pula?

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Pelakon sensasi, Ruhainies, mengaku terkejut selepas namanya dikaitkan dengan cubaan merampas kekasih pelakon Thailand, Bow Maylada, iaitu aktor Alek Teeradetch.

Ruhainies, yang dihubungi oleh media, berkata dia mengenali kedua-dua pelakon Thailand itu kerana pernah bekerjasama dalam satu projek di Kazakhstan.

Spekulasi tersebut mula tersebar selepas sebuah portal hiburan menerima e-mel layang yang dipercayai dikirim oleh seseorang yang cuba memburukkan namanya.

Menurut Ruhainies, berita ini timbul selepas portal menerima e-mel layang daripada ‘anonymous’ dan dia tidak percaya e-mel tersebut dihantar sendiri oleh pelakon wanita dan lelaki Thailand itu.

“Mustahil mereka tahu e-mel portal tempatan. Lagipun, mereka artis terkenal dan tidak ada masa untuk melakukan perkara sebegitu,” ujarnya.

Kat Malaysia tak boleh cari makan, Ruhainies didakwa cuba sondol kekasih artis Thailand pula?

Ruhainies juga menegaskan bahawa dia dan dua pelakon tersebut hanya pergi ke Kazakhstan atas urusan kerja dan mengenali mereka sebagai kenalan biasa sahaja.

“Saya pernah menerima e-mel layang yang cuba menjatuhkan karier saya beberapa kali sejak beberapa tahun lalu. E-mel seperti ini bukan sekali dua berlaku, tetapi sudah banyak kali. Pihak tersebut sengaja menyebarkan cerita tidak benar dan menghantar e-mel kepada jenama-jenama yang saya bekerjasama untuk merosakkan nama saya dan menakut-nakutkan jenama.”

Ruhainies juga menyatakan bahawa dia merasa ada pihak yang dibayar untuk melakukan perkara tersebut dan dia mengetahui siapa yang melakukannya kerana dapat menyemak IT e-mel tersebut. Namun, perkara ini masih dalam siasatan.

Sebelum ini, seorang artis Malaysia didakwa cuba memikat teman lelaki seorang artis Thailand ketika menyertai satu percutian baru-baru ini.

BACA: Sanggup hidup dalam buangan, ini 10 pemimpin yang tergamak lari tinggalkan tanah air