‘Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah selamanya’, Ini penyakit anak yang jadi punca bapa muda ini buka makmal perubatan dirumah je!

Oleh MHDAILY

‘Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah selamanya’, Ini penyakit anak yang jadi punca bapa muda ini buka makmal perubatan dirumah je!

Demi memastikan anaknya yang sakit terus hidup, seorang bapa di China menghasilkan sendiri ubat

Dengan berpandukan rawatan eksperimen yang digunakan di Amerika Syarikat.

'Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah selamanya', Ini penyakit anak yang jadi punca bapa muda ini buka makmal perubatan dirumah je!

Xu Wei, 30, melakukannya sebagai rawatan alternatif buat anak lelakinya, Haoyang yang berusia setahun dan disahkan menghidap penyakit Menkes iaitu gangguan genetik jarang berlaku.

Awalnya, Xu menghubungi syarikat pembekal dan berharap boleh membuat ‘histidine’ iaitu asid amino tembaga untuknya.

Bagaimanapun, kosnya terlalu mahal dan kelulusan yang diperlukan untuk mengeluarkannya boleh mengambil masa bertahun-tahun.

Xu enggan berputus asa dan mula belajar sendiri dengan meneliti kertas penyelidikan Amerika Sytarikat mengenai cara membuat histidine tembaga.

Akhirnya, bapa itu memutuskan untuk membuat ubat berkenaan di rumah dengan hanya peralatan bernilai 20,000 yuan (RM12,691).

Selepas menghasilkan ubat itu, Xu mula-mula mengujinya pada arnab.

Melihat haiwan itu selamat, Xu mengujinya pada dirinya sendiri.

Selepas berasa ia selamat, Xu menyuntik dos kecil ke dalam anaknya dan kemudian meningkatkan dos biasa dari situ.

“Rawatan itu tidak menjadikan anak saya lebih baik, tetapi ia menghalangnya daripada menjadi lebih teruk.

“Dia menghabiskan hampir sepanjang hari berbaring, tetapi apabila orang cuba mengusiknya, dia tersenyum,” kata Xu dalam satu temu bual.

Difahamkan, Xu mencari rezeki dengan menjual soket elektrik dalam talian untuk membesarkan anak lelakinya

BACA: Kerana abai waktu rehat? Jadi punca Menteri ‘Rahmah’ alami pendarahan otak? Ini punca pendarahan otak ramai tak tahu