Sebuah kapal persiaran menawarkan pelayaran jangka panjang kepada rakyat Amerika Syarikat (AS) yang ingin melarikan diri
Daripada ketidaktentuan politik susulan keputusan pilihan raya Presiden baru-baru ini, lapor akhbar Metro UK.
Kapal Villa Vie Odyssey, yang berpangkalan di Florida, melancarkan pakej *Skip Forward*yang menawarkan
Pelayaran selama empat tahun ke lebih 425 pelabuhan di 140 negara.
Menurut laman web pengendali, kapal tersebut akan menghabiskan masa sebulan di Caribbean sebelum berlayar ke rantau Amerika Selatan.
Laluan pelayaran termasuk melalui Terusan Panama, fiord-fiord di Chile, Antartika, Rio, dan Sungai Amazon.
Pakej pelayaran empat tahun itu berharga AS$159,999 (RM710,000) untuk bilik yang menempatkan dua orang, sementara kabin tunggal dikenakan bayaran AS$255,999 (RM1.1 juta).
Ketua Pegawai Eksekutif Villa Vie Residences, Mikael Patterson, berkata pakej tersebut sangat sesuai bagi rakyat AS yang ingin melarikan diri daripada pentadbiran Donald Trump.
“Meskipun pakej ini dilancarkan sebelum keputusan pilihan raya, kami percaya ia adalah pilihan sempurna bagi mereka yang ingin meninggalkan negara ini jika Trump menang,” kata Patterson.
Namun, sekiranya tempoh empat tahun terlalu lama, Villa Vie Residences turut menawarkan pelbagai pakej lain untuk tempoh masa yang lebih pendek.
BACA: ‘Aku minta suami RM50 nafkah pun berat nak bagi, tapi tiap kali aku berniaga suami paw aku RM300’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio