Kanak-kanak perempuan ini akui dibela pontianak. Kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama Tiara Kartika menjadi tular dalam media sosial di Indonesia selepas didakwa dibela oleh puntianak.
Bukan setakat gelaran `anak puntianak’ yang membuatkan Tiara terkenal, malah rupa paras yang jelita turut menjadi perhatian dalam kalangan warganet di negara itu.
Lapor Tribunnews, kisah Tiara menjadi tular selepas penduduk bernama Karol Inoviani memuat naik video mengenai kanak-kanak itu di akaun peribadi YouTube pada 28 Julai lalu.
Dilaporkan, kira-kira 11 tahun lalu, seorang wanita dikenali sebagai Nur menemukan Tiara semasa masih bayi, di tengah hutan.
Sejak itu, Nur membawa pulang Tiara dan menjaganya sehingga menjadi dewasa.
Sehingga kini, tidak dapat dipastikan umur sebenar mahupun lokasi tempat tinggal Tiara.
Sementara itu, Tiara mengakui hanya pernah belajar sehingga darjah 3 di sekolah rendah.
Katanya, dia terpaksa berhenti sekolah kerana sering dibuli oleh rakan-rakannya yang mengejeknya sebagai anak puntianak.
Tiara mengakui menjadi mangsa ejekan selepas rakan-rakannya melihat dia dalam keadaan khayal dan bercakap sendirian.
Tiara mendakwa mereka yang membulinya turut ditimpa musibah termasuk ada juga yang meninggal dunia.
BACA:
Bob Yusof nyanyi lagu Sumayyah live di GV buat penonton sebak