Kanak-kanak perempuan gigit ular sampai mati

Oleh MHDAILY

Kanak-kanak perempuan gigit ular sampai mati. Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Turkiye melakukan sesuatu di luar jangkaan apabila menggigit seekor ular hingga mati, lapor stesen penyiaran NDTV baru-baru ini.

Kejadian pelik lagi mengejutkan itu berlaku di Kampung Kantar, dekat Bingol pada 10 Ogos lalu.

Kanak-kanak dikenali sebagai SE itu dikatakan sedang bermain dengan ular tersebut di laman belakang rumah apabila reptilia itu mematuknya.

Berang dengan situasi itu, SE bertindak menggigit semula ular itu sehingga haiwan itu mati.

Jiran SE bergegas ke lokasi kejadian di belakang rumah mangsa selepas mendengar jeritan kuat kanak-kanak itu.

Kanak-kanak perempuan gigit ular sampai mati

“Jiran memberitahu dia melihat SE sedang menggigit ular sepanjang 50 sentimeter di mulutnya dan terdapat kesan gigitan ular di mulutnya.

“Mereka memberikan bantuan kecemasan kepada SE sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan tetapi doktor mengesahkan anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata bapanya, Mehmet Ercan.

SE dipercayai digigit dan menggigit ular yang tidak berbisa memandangkan tiada sebarang kesan racun dikesan pada tubuh kanak-kanak itu.

BACA:

Penampilan Umi Nazeera jadi perhatian di KL Fashion Week

Jengkaut terkena kabel elektrik di Kuching, dua lelaki maut

Aksi cemerlang dalam ACL, RM1.2 Juta menanti JDT