Kanak-kanak ini naik bas seorang diri ke Kelantan, sepanjang perjalanan kerap tanya dah sampai ke? Sekali ini pula yang jadi

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Dihantar neneknya, seorang kanak-kanak bernama Usop telah pulang sendirian dengan menaiki bas

Daripada terminal TBS untuk kembali kepada ibu bapanya di Kelantan setelah terk4ndas sejak PKP 2 yg lalu.

Setelah bas bergerak tidak jauh dari Terminal bas TBS, KL, Usop yg duduk di kerusi belakang, bangun dan menghampiri pemandu bas lalu berpesan,

”Abang, nanti kalau sampai Tanah Merah, bagitau ye”,

”OK” jawab pemandu ba̲s.

Tidak berapa lama, Usop menghampiri pemandu ba̷s lagi dan bertanya,

”Bang, dah sampai Tanah Merah ke?”,

”Belum, adik duduk dulu, nanti abang bagitau”.

Tidak lama selepas itu, Usop menghampiri lagi pemandu bas tadi,

”Bang, dah sampai belum?”,

”Belum lagi dik”.

Semua penumpang berasa tidak sen4ng dengan Usop kerana sik4pnya itu.

Kemudian Usop datang lagi dan bertanya

”Dah sampai ke bang?”,

”belum dik, jauh lagi..” jawab pemandu ba̶s dengan nada yang agak germ.

Kemudian Usop datang lagi dan bertanya

”Sampai tak lagi bang?”,

”Aku cakap belum! Belum la! Ko duduk je, nanti sampai aku bagitau la!”, pemandu bs germ.

Usop pun kembali semula ke kerusinya.

Semua penumpang turut mar4h dengan sikap nya itu. Usop diam, dan dia pun tertidur. semua orang merasa sedikit tenang.

Setelah beberapa jam perjalanan, tanpa disedari, bs telah pun melepasi Tanah Merah.

Ketika hendak memasuki Kota Bharu, pemandu bąs tadi baru teringatkan hasrat Usop.

Usop masih tidak sedar dari tidurnya.

Semua orang merasa k4sihan dengan Usop. Pemandu bαs berbincang dengan penumpang, samada hendak pusing semula ke Tanah Merah atau terus ke Kota Bharu.

Selesai berbincang, mereka semua sepakat untuk pusing semula ke Tanah Merah kerana k4sihankan Usop.

Setelah sampai di Tanah Merah, pemandu bs terus mendekati dan mengejutkan Usop dengan perasaan simpati,

”Dik bangun, dah sampai dah Tanah Merah”,

”Oh, ye ke? Terima kasih bang”

Kemudian, Usop segera membuka beg nya dan mengeluarkan sesuatu.

Dengan penuh hairan, pemandu bs bertanya,

”Adik tak nak turun ke?”,

Dengan selamba Usop berkata,

”Tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. Cuma nenek ade pesan, kalau sampai Tanah Merah nanti, makan nasi yang nenek bagi ni, takut nanti skit perut pulak”.

Pemandu bs : Astaghfirullah astaghfirullah..astaghfirullah…

BACA: ‘Untuk orang luar yang sebenar, sila keluar dengan kadar segera’, Shila Amzah halau kekasih adik keluar rumah