Kanak-kanak Berumur 10 Tahun Mengaku Tengok Video Seks Di Telefon Ayah
Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang? Masalah sosial semakin berleluasa.
Rogol, dadah, kes mencuri dan menipu semuanya berlaku di kalangan remaja seusia belasan tahun sahaja.
Namun apa yang lebih mengejutkan, remaja yang baru berusia 10 tahun sudah mengaku pandai tengok pornografi di dalam telefon.
Tak percaya?
Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, beliau sendiri terkejut apabila pelajar seusia 10 tahun tanpa segan silu mengaku pernah menonton pornografi apabila diajukan soalan tersebut dalam satu sesi LDK di sebuah sekolah baru-baru ini.
Kebanyakan pelajar yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 16 tahun ini, apabila diajukan soalan tersebut, mereka tidak langsung menunjukkan raut wajah penyesalan, malah mereka lebih teruja dan tersenyum apabila soalan tersebut ditanyakan Fairuz dalam sesi LDK itu.
Ianya lebih menggemparkan bila Fairuz mula mengajukan soalan yang kedua,
Ok, nak tanyalah lagi. Kau orang tengok masa umur berapa tahun?”
Masing-masing berlumba-lumba ingin menjawab soalan tersebut serentak. Menurut Fairuz, ada yang mengaku pernah menonton porno semasa di darjah enam, tingkatan satu, dan ada juga kata mereka sudah terbiasa menonton sejak usia 6 tahun. Alahaiii muda-muda dah tercemar!
Apabila diajukan soalan tentang apa yang mereka rasa ketika menonton rakaman tersebut, mereka dengan ikhlasnya memberi respon,
Rasa geli.”
“Bang, saya pula rasa bersalah. Dah tengok sekali, rasa nak tengok lagi.”
Tidak cukup dengan itu, Fairuz cuba lagi mengorek. Kali ini dia ingin tahu dari mana anak-anak ini menonton video lucah tersebut. Mereka dengan selambanya memberi jawapan,
Kawan saya yang kongsi. Dia muatnaik di WeChat.”
Pun begitu ada yang mengaku mereka menonton rakaman lucah itu tanpa sengaja. Menurut remaja tersebut,
Saya tengok dekat handphone kawan abang saya. Masa tu kawan abang saya datang rumah.
Saya nak pinjam handphone dia sebab nak main game. Sekali ada video lucah. Saya tak tahu tu video lucah, saja pasang. Sekali betullah video lucah.”
Pengakuan yang paling menyedihkan apabila anak-anak muda ini menonton rakaman lucah dari telefon ahli keluarga mereka sendiri termasuklah dari si bapa, yang sepatutnya menjadi model dan juga mendidik anak mereka dari terlibat dalam hal seperti ini. Sedihnyaaa!
“Saya tengok dekat telefon ayah saya,” mengaku pelajar itu yang mula malu dengan apa yang berlaku.
Melalui congakan Fairuz, bapa pelajar tersebut berkemungkinan berusia dalam lingkungan usia 35 tahun. Jadi hal ini tidak peliklah jikalau bapa muda tersebut menyimpan video-video pornografi dan mereka ini jugalah golongan yang paling teruja apabila bintang pornografi, Maria Ozawa turun ke Malaysia.
Pun begitu, tidakkah bapa ini tahu kesan pornografi terhadap anak-anak mereka? Lobak Merah sendiri pernah mengongsikan artikel tentang keburukan pornografi kepada minda seseorang.
Perkongsian ini rata-rata telah mendapat pelbagai pandangan dari pengguna Facebook yang bersetuju dengan tingkah laku anak remaja yang sudah mulai pandai akan soal seks dan pornografi pada usia muda. Malah mereka juga keliru akan jalan penyelesaian yang perlu diambil dalam mengekang masalah ini.
Sedih kan? Tapi itulah hakikatnya. Sekarang ini orang berbicara benda lucah macam di kedai kopi. Lelaki perempuan sama saja, tak ada perasaan malu. Yang mereka tahu itu satu bentuk keterbukaan pemikiran.”
“Siapa yang harus dipersalahkan? Masa kita kecil-kecil, usia 9 hingga 12 tahun nak pegang handphone pun susah.”
Semuanya bermula dari rumah. Anak-anak ini bagaikan kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Oleh itu, ia amat penting untuk ibu bapa memantau perilaku anak-anak terutama yang menggunakan telefon.
BACA: Rupanya ini lokasi longgokan baju bundle yang tiada orang beli dari seluruh negara