Pelakon Zain Saidin akhirnya memberi respons terhadap komen-komen netizen mengenai isu hutang isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta, yang didakwa berjumlah hampir RM1 juta
kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Zain menjelaskan bahawa dia dan Che Ta tidak hanya duduk diam, tetapi mereka juga berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Salah satu usaha mereka ialah dengan menjual minyak wangi melalui platform TikTok.
Menurut Zain, perniagaan minyak wangi yang dijalankan mereka di TikTok merupakan salah satu cara untuk mereka mendapatkan pendapatan dan membantu menyelesaikan isu kewangan tersebut.
Zain juga menegaskan bahawa setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan adalah rezeki mereka, dan mereka hanya menjual produk yang baik.
“Kami usaha, bukan relaks!” kata Zain sebagai respon terhadap tuduhan yang mengatakan mereka tidak berusaha.
Zain turut menegaskan bahawa mereka tidak berdiam diri dalam menghadapi isu ini. Mereka sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun tidak mendedahkan setiap langkah yang diambil kepada umum.
Menurut Zain, mereka tidak hanya berpeluk tubuh dan menganggap masalah ini remeh, tetapi berusaha dengan sebaik-baiknya.
Mengulas mengenai kritikan terhadap gaya hidup mewah Che Ta, Zain menjelaskan bahawa mereka tidak bermaksud untuk menunjuk-nunjuk. Baginya, memakai pakaian cantik atau pergi bercuti bukanlah satu perkara yang perlu diperbesar-besarkan.
“Adakah memakai baju raya cantik itu nak menunjuk? Pergi bercuti takkan hanya bawa dua pasang baju sahaja?” ujar Zain bagi menjawab kritikan tersebut.
Sebelum ini, rumah Che Ta di Kota Damansara telah diserbu oleh pihak MARA untuk menyerahkan writ dan penilaian barangan sebagai sebahagian daripada proses undang-undang.
Pinjaman hampir RM1 juta yang belum dilunaskan telah mencetuskan perbincangan hangat di kalangan netizen, menjadikan isu ini terus diperkatakan.
BACA :Kakak ‘cleaner’ terkejut makanan daripada pegawai ,staf minta pulangkan balik