Kami semua tak suka adik sebab dia tak guna. Ipar – ipar semua batu api. Sehingga kami menyesal, apa yang kami buat dekat adik…

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Aku namakan dia Fiqa (bukan nama sebenar). Kami ada 6 beradik, 5 lelaki dan adik aku yang bongsu, sorang – sorang dialah perempuan. Tapi per4ngai adik aku ni tak macam perempuan pun.

Kasar, degil, garang dan semuanya lah ada pada dia macam jantan. Tapi dia ni pendiam tak banyak cakap dengan aku.

Dengan orang luar boleh dik4takan dia ni seorang yang mesra dan peramah juga. Dia ni tinggal dengan mak aku dekat kampung tapi jarang sangat dia ada dekat rumah.

Bila aku balik rumah mak, siang dia tido, malam entah tak tahu ke mana. Bila jumpa tu pun tak borak beriya.

So aku dengan adik beradik lain risau mak aku selalu tinggal sorang – sorangkan. Kami semua adik beradik dah kahwin, cuma memang harapkan dia jela untuk jaga mak sebab dia bujang lagi.

Kami semua tak suka adik sebab dia tak guna. Ipar – ipar semua batu api. Sehingga kami menyesal, apa yang kami buat dekat adik…

Mak aku ni pulak dah kurang pendengaran, penglihatan pun dah m4kin kabur, usia pun dah 80-an. Faham – fahamlah. Aku anak yang sulung, usia aku pun dah 50-an. Sebelum ni aku kerja sebagai pembantu makmal dekat sekolah… Sekarang aku dah pencen cuma bantu isteri aku meniaga nasi lemak jela.

Bawah aku 3 orang, kerja dalam bidang ket3nteraan. Angah, Alang, Tam, memang jarang balik laa. Achik kerja dekat lapangan terbang dan adik perempuan bongsu aku ni lah si Fiqa. Entahlah umur dah 28 tahun tapi Masih takde hala tuju lagi dengan hidup dia.

Kawan – kawan dia memang kebanyakannya lelaki, perempuan pun 2/3 orang je. Tu pun per4ngai lebih kurang dia jugak lah. Kasar – kasar macam tu. Port yang selalu dia lepak kedai burger kawan dia tu. Memang aku selalu nampak dia duduk situ.

Rupanya dia tolong kawan dia tu meniaga juga. Tu lah dia ni bukan jenis bercerita sangat aku pun baru tahu. Bila ipar – ipar semua perempuan faham – fahamlah jela kan. Dari kecik sampai ke besar ada jela benda yang tak kena dekat si Fiqa tu.

Fiqa pulak jenis kaki palau bila orang bercakap (membebel). Tapi bila depan arw4h ayah masing – masing diam takut. Ayah tetap menangkan anak bongsu dia punya… Hermm m4kin naik angin la ipar – iparnya dan mereka memang tak seteru.

Aku dengan adik beradik aku yang lain semua bercerita benda yang sama puas duk pujuk isteri masing – masing supaya beralah. (bila dah tahu keadaan dan cerita sebenar) semua ni pun berlaku selepas arw4h ayah pergi 4 tahun lepas.

Aku cerita semua dekat adik beradik yang lain, apa yang Fiqa ni buat nampak memang tak berguna langsung, dengan sikap dia yang macam tu. M4kin menjauhkan diri daripada kita orang. Mungkin dia fikir tiada siapa dah nak back up dia lepas ni. Bila kami balik, dia akan keluar dari rumah.

Disebabkan dia tak bekerja macam adik beradik lain… Konon – kononnya aku takut dia ni jadi rosak. Sampai menghasut mak laaa supaya tegur sikit anak perempuan mak tu. Mak tak boleh buat ape juga. So macam kamilah yang berkuasa untuk control semuanya dalam rumah tu.

Guna kuasa sebagai anak lelaki. Ipar – ipar dia lagiIah tambah api dalam bara menjadi – jadilah sikap aku. Semua benda yang Fiqa buat tak kena di mata kami. Kami memang tak lepaskan walaupun sikit je kesilapan yang Fiqa buat. Terkontang kanting budak tu cuma mengharapkan kawan – kawan jela untuk back up.

Bila Fiqa balik lewat aku marah dia, tengking dia, adik beradik yang lain pun buat benda yang sama. Tak beri peluang langsung. Sampai satu tahap tu dah naik tangan dah dengan Angah punya baran memang tak kasi chance lagi. Mak menangis tengok apa yang kami buat dekat Fiqa.

Pada kami Fiqa sepatutnya duduk rumah jaga mak je. Sebab kami nampak dia melepak tu kesalahan yang besar padahal itu adalah customer dia. Yela aku baru tahu benda ni, sebelum ni kami semua selalu salahkan si Fiqa, macam – macam hentaman kami dah lepaskan dekat dia.

Dia diam dan macam tak peduli pun apa yang kami kata dekat dia. Dia perempuan nak Iawan dengan lelaki tak guna lah. Baik dia menjauh. Pada kami bila dia menjauh dia dah benci kami. Tapi tak… Kami fikir kami dah betul dengan apa yang kami nampak sebelum ni.

Kami fikir dengan apa yang ada tu lah segala – segalanya. Kuasa kami dengan duit. Konon – kononnya setiap bulan bagi dekat mak tu dah cukup untuk menampung kehidupan mak so bolehlah kami mendabit d4da. Duit bukanlah segala – segalanya.

Rupanya si Fiqa ni lah yang banyak membantu dalam keluarga. PukuI 6 petang sampai 12 malam dia tolong kawan dia meniaga burger, bangun subuh dari pukuI 6 hingga pukuI 10 pagi tolong meniaga dekat kedai sarapan dalam kampung tu juga.

Balik rumah dia tido sampai ke petang. Itulah sebab aku ingatkan dia ni pemalas, tak nak langsung bantu mak buat kerja rumah tu semua. Dia buat tapi kami yang buta tak nampak, tak pandai menilai. Sebelum dia pergi meniaga malam. Dia dah siapkan makanan untuk mak. Kemas rumah semua.

Kami yang tak nampak sebab kami yang jarang balik. Bila rasa nak balik, kami balik lah. Faktor dengar sangat cakap isteri. Padahal isteri aku memang tak suka duduk kampung lagi – lagi beIah aku… Waktu kami ada balik rumah mak, Fiqa tido sebab kepenatan. Itupun kami dah bersangka buruk pada Fiqa.

Dulu aku pernah juga dengar orang kampung cakap dekat aku bertuah sebab ada adik perempuan bongsu macam Fiqa tu. Sebab dia rajin bantu orang kampung ni buat kerja juga walaupun character Fiqa tu macam jantan. Tapi aku menafikannya sebab masa tu, pada aku rasa Fiqa ni jer yang salah disebabkan juga Fiqa pernah bert3ngkar dengan isteri aku pasal anak sulung aku.

Aku pula menangkan isteri aku tanpa usul periksa. Rupanya anak aku mencuri duit orang, masa aku tinggalkan anak sulung aku dekat rumah mak seminggu. Mogok dan anak aku buat hal. Marah dekat aku dengan isteri. Aku pun dari sejak itu aku terus menerus salahkan Fiqa sampai tak bertegur langsung.

Sebenarnya Fiqa juga yang leraikan perg4duhan tu dengan orang kampung dan bayar balik semuanya. Anak sulung aku ni lelaki dan sekarang ni dia dengan Fiqa rapat giIa. Apa yang Fiqa buat aku tak tahu lah. Tapi dia memang excited nak balik kampung cakap nak jumpa maksu. Nak lepak dengan maksu. Cuti sem pun nak duduk kampung.

Dari situ lah aku perhatikan balik apa yang Fiqa buat sebenarnya. Sejujurnya memang aku tak percaya pun dengan adik bongsu aku ni. Kawan – kawan dia tu memang ada yang teruk tapi ramai juga yang berubah sebab dia.

Orang suka berkawan dengan dia. Dia pandai buat orang selesa dengan dia, sikap dia. Bila aku dapat tahu semua ni aku kagum dengan adik bongsu aku ni. Aku baru sedar dan menyesal yang sebelum ni aku selalu salahkan dia.

Ada sekali tu kami adik beradik lelaki balik serentak semata – semata untuk marah si Fiqa. Dia bawa mak aku pergi check up dekat hospitaI sebab mak tak berapa sihat dan pada hari yang sama dorang eksiden. Kami serentak lah balik sebab terk3jutkan…

Yang sedihnya semua pergi terjah tengok mak dulu. Mak tak ada apa – apa pun sebenarnya cuma jatuh sikit jer Iuka. Kami semua 5 beradik terus marah dekat si fiqa sebab tak jaga mak betul – betul padahal masa tu keadaan dia teruk. Patah tangan kiri. Lvka – Iuka dan dia diam je.

Aku nampak tau dia kemam – kemam mulut dia sambil tutup mata, tahan air mata dia dari keluar, dalam keadaan s4kit lagi dah kena macam tu. Mak halang pun kami tak peduli. Lepastu kami semua bawak mak balik tinggal dia sorang – sorang dekat hospitaI sebab dia masih w4rded.

Kami betul – betul marah dan tak berfikir langsung. Pada mata kami Fiqa memang teruk. Aku menyesallah sekarang sebab Fiqa tak salah apa – apa pun dengan aku. Cuma kami 5 beradik lelaki ni iri dengan dek kerana layanan arw4h ayah berbeza sangat dengan kami.

Arw4h ayah garang teruk dengan kami, apa je kami tak pernah kena, pen3ndang peny3pak, pen4mpar. Tapi dek kerana kedegillan kami sendiri juga. Kami cemburu apa yang adik bongsu kami tu nak semuanya dapat. Sebab dia satu – satunya anak perempuan.

Fiqa ni bijak, masa dia dapat taw4ran sambung belajar dekat India, aku pernah cakap dekat arw4h ayah tak payah lah hantar dia belajar jauh – jauh. Belajar dalam Malaysia je. Banyak kos nak pakai. Padahal aku mampu je nak bantu arw4h ayah untuk hantar Fiqa pergi belajar. Terukkan aku sebagai abang sulung.

Masa tua – tua ni la aku baru sedar, apa yang aku buat ni salah. Malu aku sebagai anak sulung abang sulung sebagai seorang suami dan seorang ayah yang ada hati kotor dan busuk sebab tak boleh tengok kebahagiaan untuk adik bongsu aku.

Fiqa… abang mintak maaf dek sebab banyak buat silap dekat kau dari kau kecik lagi dek. Maafkan abang yang teruk ni dek… Terima kasih sebab baru ni sudi jaga abang dekat hospitaI walaupun kita tak berkata apa – apa. Abang tahu adik masih lagi tr4uma dengan perbuatan abang.

Adik jaga abang dengan penuh kasih, tak geli pun pada Iuka dekat kaki abang ni. Abang menyesal dek. Maafkan abang. Abang sayangkan adik. Adik janganlah jauhkan diri lagi, abang – abang adik pun dah menyesal dengan segala yang kami buat kat diri adik… Kami mintak maaf ye dek. Abang nak dekat dengan adik dan tak mau jauh – jauh lagi. Maafkan abang dek. Abang menyesal sangat… – Leman (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Rosilawati Binti Mohamed : Itu belum kira lagi peng0rbanan Fiqa tak sambung belajar dan kerja jauh – jauh sebab korang p4ksa jaga mak. Dia tak ada peluang melalui kehidupan dia kerana memikul beban tanggungjawab yang abang – abangnya abaikan. Emak tu tanggungjawab anak lelaki tapi semua lebihkan isteri dan keluarga sendiri. Alhamdulillah Allah bagi s4kit… sempat lagi sedar.

Yesmina Butik Bmc : Amboi, korang anak – anak lelaki tu lah yang patut lebih bertanggungjawab jaga mak tu. Adik perempuan dah jaga sampai tak kahwin – kahwin, korang g4duhi pulak. Yang bini – bini pun tak sedar diri, kira Fiqa tu dah selamatkan korang la dari jaga mak mertua, tak reti berterimakasih, lagi nak dengki. Banyak yang korang kena minta maaf dan bayar balik kat dia ni.

BACA: Ini punca FAM gantung keahlian Persatuan Bola Sepak Kelantan

3 thoughts on “Kami semua tak suka adik sebab dia tak guna. Ipar – ipar semua batu api. Sehingga kami menyesal, apa yang kami buat dekat adik…”

Leave a Comment