“Kami mahu tengok bola, tolong alih pentas konsert Jay Chou!” Peminat bola sepak tanah air marah dan kecewa apabila gagal mendapatkan tiket ke separuh akhir Malaysia menentang Thailand dalam Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada Sabtu ini.
Pengguna meluahkan rasa kesal mereka di media sosial ekoran 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan kerana wujudnya struktur pentas konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou.
Berbanding 65,147 penonton yang menggegarkan stadium tersebut dalam pertemuan Harimau Malaya dengan Singapura pada Selepas lepas, jumlah tiket yang terjual menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya 59,000 tiket sahaja.
Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati beberapa hantaran di akaun Facebook Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan akaun rasmi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) turut dibanjiri dengan komen orang awam yang menggesa agar persiapan pentas konsert Jay Chou ditangguhkan dahulu.
“YB, konsert Jay Chou kan 15 Januari. Apa kata arahkan dahulu pentas itu. Lepas separuh akhir, pasanglah balik. Bagi 21,000 kerusi yang dikosongkan itu untuk penonton tengok. Utamakan pasukan Malaysia. Kasihan kawan saya tidak dapat tiket semalam,” komen Ude di akaun Facebook Hannah Yeoh.
“Jangan sampai penyokong mengamuk, kepada nama-nama anggota PSM sila kosongkan pentas untuk sementara. Habis bola pasang balik, mudah,” komen netizen di akaun rasmi PSM pula.
“Jangan sampai ada benda buruk berlaku, orang-orang PSM yang patut bertanggungjawab. Semua ada kuasa nak tangguhkan dahulu konsert itu, tapi tidak mahu buat,” keluh pengguna yang lain pula.
BACA JUGA :
TMJ ‘terjah’ padang lawat team latihan harimau malaya
Jawapan Riena Diana buat netizen terkedu – “Lebih dari seksi yang ni pun saya pernah pakai”
Sabah bergolak lagi, cubaan tukar Ketua Menteri temui jalan buntu