Kalau wanita lain, dah kiamat dunia kalau suami kahwin lagi lain pula jadi dengan wanita ini siap pesan madunya bukan ‘penyondol’

Oleh MHDAILY

Kalau wanita lain, dah kiamat dunia kalau suami kahwin lagi lain pula jadi dengan wanita ini siap pesan madunya bukan ‘penyondol’.

Ramai salah faham dengan menggelarkan madu saya ‘penyondol’.

Hakikatnya dia rakan saya dan saya yang bantu suami merisik serta melamarnya,” kata ibu tiga anak, Paveena Shaeleen Saimin.

Kalau wanita lain, dah kiamat dunia kalau suami kahwin lagi lain pula jadi dengan wanita ini siap pesan madunya bukan 'penyondol'

Paveena Shaeleen, 30, memberi reaksi itu susulan kisahnya hadir ke majlis perkahwinan suami, Muhammad Syafiie Jamaludin, 33, dan isteri kedua, Nurul Nazirah Abdul Hamid, 28, yang tular di laman sosial selepas satu video dimuat naik di TikTok.

Paveena Shaeleen berkata, Nurul Nazirah bukan orang asing malah rakan baik yang sudah lama dikenalinya.

Malah atas persetujuannya, suami dan Nurul Nazirah disatukan dalam majlis akad nikah pada Jumaat diikuti persandingan di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.

“Kami memang berkawan rapat dan mula kenal di Facebook (FB).

“Boleh dikatakan, hubungan kami macam belangkas sampai malah dia pernah bercuti dengan anak saya sekali.
“Bagaimanapun, dia tak rapat dengan suami pun, setakat kenal macam itu saja.

“Pada satu hari, dia (Nurul Nazihah) tanya ada kerja kosong atau tidak dan kebetulan ada, maka saya ambil dia bekerja sekali untuk kami bersama buat siaran langsung di TikTok,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bertitik tolak daripada situ, Paveena Shaeleen mula mengusik dan menjodohkan suaminya dengan Nurul Nazirah.

Paveena Shaeleen berkata, suami dan Nurul Nazirah pada mulanya hanya tersenyum dan tidak beri maklum balas yang menunjukkan mereka ada perasaan terhadap satu sama lain.

Ditakdirkan, usaha Paveena Shaeleen untuk menjodohkan mereka berdua menjadi dan dia tiada halangan kerana sudah lama mengenali Nurul Nazirah dan senang dengan sikap rakannya itu.

“Selepas beri suami ‘lampu hijau’ untuk berkahwin lagi, dia ada juga bawa jumpa beberapa calon.

“Bagaimanapun, semuanya saya tidak berkenan kerana lebih tertarik dengan Nurul Nazirah selepas melihat layanannya terhadap anak dan cara cakap dengan emak ayah saya serta suami.

“Daripada situ, kami berbincang dan selepas semua setuju, saya jadi wakil rombongan merisik dan melamar hingga mereka kini sah sebagai suami isteri,” katanya.

Paveena Shaeleen berkata, suaminya dan Nurul Nazirah baru berkenalan dan bercinta selepas kahwin.

Berkongsi perasaannya, Paveena Shaeleen berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan yakin suaminya dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya.

“Saya percaya suami saya akan berlaku adil kerana dengan saya, dia layan macam ratu.

“Madu pun begitu jadi saya cuma harap dia bertanggungjawab dan beri layanan sama rata.

“Cemburu itu ada tetapi tidak melampau, cuma setakat berkaitan makanan kerana selera saya dan madu berbeza jadi hanya sering berebut tempat saja.

“Buat masa ini, semuanya baik malah anak-anak pun panggil madu Mummy Naz,” katanya.

Berhubung reaksi netizen, Paveena Shaeleen berkata, ada yang positif dan juga negatif.

“Terima kasih kepada yang doakan kami bertiga, semoga bahagia sampai ke syurga hendaknya.

“Bagi yang berkata negatif, saya tiada komen untuk itu kerana ia pendapat masing-masing,” katanya.

BACA:

Penyanyi rock Darkkey Nagaraja, sekali tingkap ‘istana’ pula yang jadi perhatian netizen

Lukisan je dah RM30 juta! Rupanya ini kisah sedih disebalik lukisan gadis muda menyusu lelaki tua dalam penjara