‘Kalau tak suka, cari kerja lain!’ Wanita sekolahkan penjawat awam

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pekerjaan dalam bidang khidmat pelanggan adalah mencabar dari segi mental dan fizikal kerana ia melibatkan pelbagai kerenah manusia.

Namun, ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memberikan layanan buruk secara sembarangan kepada individu yang datang untuk berurusan.

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Rossneeda melalui akaun TikToknya berkongsi pengalaman

kurang menyenangkan yang dialaminya semasa menunggu di bahagian visa dan permit imigresen di Putrajaya.

Dia tiba di pejabat imigresen sekitar pukul 10 pagi dan menunggu giliran di dalam barisan selama 20 minit.

'Kalau tak suka, cari kerja lain!' Wanita sekolahkan penjawat awam

Namun, dia kemudiannya menyaksikan seorang pegawai imigresen yang bertugas di kaunter pada waktu itu mengherdik dua wanita dari India dengan nada suara yang tinggi.

Salah seorang daripada wanita tersebut sedang memegang bayi, dan Rossneeda berpendapat bahawa layanan itu adalah tidak wajar.

Dalam video tersebut, Rossneeda menegaskan bahawa walaupun ramai kakitangan kerajaan bersikap sopan dan sedia membantu pelanggan, masih ada yang mempamerkan tingkah laku yang tidak berpendidikan dan tidak menghormati orang lain.

@rossneeda Pegawai biadab di Immigration #putrajaya #immigration #malaysia #immigrationputrajaya #jimputrajaya #biadap #badcustimerservice #agensikerajaan #poorservice #customerservice #fypp #fyppppppppppppppppppppppp #fypviral #beranda #berandatiktok #berandafyp #madani #kerajaanmalaysia #kpimigresenbaru #public #governmentjob ♬ Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

Memandangkan insiden tersebut mengganggu perasaannya, dia lantas tampil untuk menegur pegawai tersebut mengenai kelakuan buruknya.

Namun, pegawai itu mempersoalkan tindakan Rossneeda yang campur tangan dalam perilakunya terhadap wanita-wanita tersebut. Kecewa dengan respons itu, Rossneeda berkata kepada pegawai tersebut:

“Kalau awak tak suka, lebih baik awak cari kerja di tempat lain daripada bekerja di kaunter.

“Sebagai penjawat awam, awak sepatutnya berkhidmat kepada orang ramai dengan hormat dan empati. Jika awak tidak dapat mengendalikannya, awak tidak patut bekerja dalam perkhidmatan pelanggan,” tegur Rossneeda kepada pegawai imigresen yang biadap.

Pegawai tersebut kelihatan enggan menerima teguran itu dan cuba mempertahankan tindakannya dengan alasan bahawa terlalu ramai orang yang perlu dilayan setiap hari di kaunter tersebut.

Rossneeda menegaskan bahawa perkhidmatan pelanggan harus sentiasa disampaikan dengan senyuman dan kesopanan. Beliau juga menambah bahawa mereka yang tidak mampu menguruskan perkhidmatan pelanggan mungkin lebih sesuai untuk peranan yang lain.

“Semua orang berhak dihormati, tanpa mengira status atau kedudukan mereka,” katanya menyimpulkan dalam video itu.

Video yang dikongsikan itu telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen, dengan ramai yang bersetuju dengan tindakan Rossneeda yang berani menegur penjawat awam yang menunjukkan tingkah laku buruk seperti ini.

BACA: Lelaki beli iPhone model baharu dengan hasil kumpul duit syiling selama 7 tahun!