Kalau simpan emas lebih 85kg wajib zakat, tapi ramai tak tahu hukum jika emas digadai

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Emas merupakan logam berharga yang biasanya dikaitkan dengan golongan wanita, tetapi dalam beberapa tahun terkini,

lebih ramai lelaki juga tertarik untuk menyimpan emas sebagai pelaburan yang menguntungkan.

Emas adalah aset mudah cair yang boleh digadai apabila seseorang menghadapi masalah kewangan.

Nisab zakat emas adalah 20 mithqal atau bersamaan 85 gram. Ramai yang bertanya sama ada emas yang digadai perlu dikeluarkan zakat atau tidak.

Dalam menjawab persoalan ini, laman web mufti Wilayah Persekutuan memberikan penjelasan tentang kewajipan zakat emas bagi penggadai.

Kalau simpan emas lebih 85kg wajib zakat, tapi ramai tak tahu hukum jika emas digadai

Zakat merupakan salah satu rukun Islam dan kewajipan menunaikannya adalah untuk memenuhi hak golongan asnaf yang memerlukan.

Allah SWT menjadikan zakat sebagai pembersih dosa dan menyucikan diri daripada keburukan akhlak.

Cagaran atau gadaian, dalam konteks fiqh, adalah meletakkan sesuatu barang berharga sebagai jaminan hutang. Menurut istilah fiqh, al-Rahnu adalah meletakkan sesuatu barang berharga sebagai jaminan hutang.

Nabi SAW pernah melakukan cagaran baju besinya kepada seorang Yahudi, menunjukkan keharusan untuk melakukannya. Zakat emas dan perak wajib dikeluarkan oleh setiap individu Muslim yang memilikinya dengan pemilikan yang sempurna, mencapai nisab, dan mencukupi tempoh tertentu.

Dalam permasalahan cagaran emas atau perak, pencagar wajib mengeluarkan zakat apabila sudah memenuhi syarat-syaratnya kerana emas dan perak yang dicagarnya masih lagi hak milik sempurna bagi pencagarnya.

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa dalam mazhab al-Syafi’i, hutang tidak menghalang kewajipan mengeluarkan zakat. Jadi, berdasarkan perbincangan di atas, emas yang dicagar atau digadai wajib dikeluarkan zakat sekiranya mencukupi nisab dan mencapai haul.

BACA: “Sebulan kahwin, suami tak pernah tidur dengan aku, aku takdelah hodoh sangat sehinggalah satu hari suami aku hilang!”