‘Kalau dah tak dapat gaji jadi fakir miskinlah’, kata Zahid. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menganggap pemain dan kakitangan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tergolong dalam kategori fakir miskin kerana tidak mendapat gaji selama empat bulan.
Berdasarkan alasan demikian, beliau memutuskan adalah wajar pemberian dana sebanyak RM1.3 juta milik Yayasan Akalbudi sebagai wang pendahuluan berbentuk pinjaman.
Presiden UMNO itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, semalam.
Nur Aishah: Datuk Seri Zahid setuju atau tidak pemain bola sepak dan kakitangan PDRM bukan fakir miskin, tiada rumah dan tidak makan?
Ahmad Zahid: Bila dia (persatuan) tidak dapat gaji akan jadi fakir miskin.
Nur Aishah: Setuju atau tidak bahawa walaupun mereka ini tidak dibayar gaji, tidak menjadikan mereka orang miskin, mereka bukanlah tergolong dalam kalangan fakir miskin yang perlukan bantuan seperti dinyatakan dalam objektif Yayasan Akalbudi?
Ahmad Zahid: Yang Arif, saya diberitahu apabila sampai tiga bulan mereka tidak membayar rumah, mereka dihalau keluar daripada rumah itu. Apabila mereka tidak membayar ansuran kereta, kereta kena tarik. Begitu juga perbelanjaan harian tidak dapat, untuk makan untuk keluarga selama empat bulan.
Nur Aishah: Setuju atau tidak setuju sahaja Datuk Seri?
Ahmad Zahid: Tidak setuju.
Nur Aishah: Okay.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjelaskan, dana tersebut diminta oleh menantunya yang juga ahli perniagaan, Datuk Zul Hisham Zainal (saksi pendakwaan ke-19), sebagai bantuan kewangan kepada pemain serta kakitangan persatuan bola sepak PDRM yang sudah lama tidak dibayar gaji.
Permintaan dana berkenaan antara lain dibuat secara lisan tanpa permohonan bertulis dan pembentangan kertas kerja.
Pada Mei lalu, Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi di sini beliau mendahulukan RM1.3 juta dana Yayasan Akalbudi kepada Persatuan Bola Sepak PDRM bagi menampung tunggakan gaji kakitangan dan pemain bola sepak.
Beliau percaya, ia sesuai dengan objektif penubuhan yayasan itu untuk membantu kebajikan kepada mereka yang memerlukan dan persatuan tersebut mempunyai tanggungan seramai 30 pemain tempatan sepenuh masa serta 15 lagi dalam kumpulan pengurusan.
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Beliau didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak PDRM.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa perasaan meskipun telah menerima RM5 juta daripada RM15.25 juta yang disumbang oleh seorang pemborong tekstil, Junaith Asharab Md. Shariff.
BACA:
DG Hisham tegur Noh merokok atas pentas KLFW, bawa pengaruh tak baik
Laporan dedah ‘kesilapan manusia’ punca kontrak reka bentuk LCS mahal
Rupanya pengkid viral ni guna nama ‘Tengku’, last kantoi dengan bekas kekasih tipu jantina