Kalau dah jodoh, warga emas usia 110 tahun pun masih laku keras, nikah dengan wanita umur 55 tahun
SEORANG lelaki warga emas berusia 110 tahun di Mansehra, Pakistan tular selepas dia bernikah dengan seorang wanita berusia 55 tahun.
Menurut laporan media tempatan, ini adalah perkahwinan keempat buat Abdul Hanan Swati.
Majlis pernikahan pasangan berkenaan berlangsung di sebuah masjid, dengan mas kahwin yang ditetapkan adalah sebanyak Rs 5,000 (RM78).
Anak lelaki sulung Abdul Hanan kini berusia 70 tahun.
Abdul Hanan dilaporkan sudah mempunyai 84 ahli keluarga termasuk enam anak lelaki, enam anak perempuan dan berpuluh-puluh cucu serta cicit.
Majlis pernikahannya dihadiri ahli keluarga dan kenalan.
Sebuah video yang menunjukkan Abdul Hanan memakaikan rantai tangan pada isterinya, tular di media sosial
BACA: Begini kehidupan terkini Farid Kamil setelah bercerai dengan Diana Danielle buat ramai teperanjat