Kalau dah jodoh tak kemana, pasangan warga emas berkahwin lepas 2 tahun kenal hati budi

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun di Indonesia mencuri perhatian orang ramai

selepas melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang lebih berusia, lapor portal berita Tribunnews kelmarin.

Walaupun pengantin wanita berusia 89 tahun, usia tidak menjadi penghalang

Bagi pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga.

Mereka melaksanakan akad nikah di Kaunter Urusan Agama Giritontro di Wonogiri, Jawa Tengah, baru-baru ini.

Kalau dah jodoh tak kemana, pasangan warga emas berkahwin lepas 2 tahun kenal hati budi

Pasangan tersebut, Ngatimin dan Satinem, pertama kali bertemu di sebuah ladang sekitar dua tahun lalu.

“Kami nekad untuk berkahwin selepas dua tahun berkawan,” kata pengantin lelaki.

BACA: Usaha 65 tahun A Galak dalam dunia seni membuahkan hasil