Kakitangan masjid ini terkejut temui beg dipenuhi duit depan pagar masjid sekali ini yang jadi

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Seorang kakitangan Masjid Darul Hasani di Aceh terkejut apabila menemui sejumlah besar wang di hadapan pintu pagar masjid.

Menurut wakil penduduk yang bernama Mahdi, kakitangan masjid yang dikenali sebagai Budi menemui wang yang diisi dalam beg plastik dalam keadaan berpasir dan basah.

Budi menjumpai beg plastik itu ketika sedang membersihkan sampah di pekarangan masjid.

Apabila dia melihat dan membuka beg plastik itu, terdapat kepingan not IDR 50,000 dan IDR 100,000.

Mahdi berkata, buat masa ini wang itu telah disimpan di rumah ketua kampung.

Bagaimanapun, pihaknya tidak mendedahkan jumlah keseluruhan wang tersebut.

Mahdi berkata ketua kampung telah menyebarkan maklumat berhubung penemuan wang berkenaan untuk menjejaki pemiliknya.

Namun sehingga kini masih tidak diketahui siapa pemilik wang tersebut

BACA: Pemuda ini nekad paku ‘buah zakar’ sendiri, rupanya ini punca dia berbuat demikian