Kakitangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) positif Covid-19

Oleh MHDAILY

Seorang kakitangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Sektor Hartanah, Tingkat 10, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS) disahkan positif Covid-19 semalam.

MAIS dalam satu kenyataan memaklumkan, segala urusan berkaitan perkhidmatan sektor hartanah di Tingkat 10 Menara Selatan BSIS ditutup sementara bagi proses disinfeksi mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“MAIS bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan semua tindakan mencegah Covid-19 dilaksanakan dengan kadar segera.

Baca Artikel Penuh