Perkara yang mengaibkan orang terdekat perlu dijaga sebaiknya bukan mencanang di sosial media akan keburukan mereka.
Seorang individu menghantar luahan perasaan mengenai kakaknya yang dikatakan suka kaum sejenis.
Luahan tersebut dimuat naik oleh pengguna X (Twitter) @twtsecretsmy, dan di bawah adalah tangkap layar isi perbualan tersebut.
“Saya nak meluah sesuatu, saya dapat tahu kakak saya lesbian (suka kaum sejenis) dan dia bercinta dengan kawan satu meja dengan saya masa sekolah menengah.
“Kakak tak pernah tidur luar selama ini sebab dia lebih selesa tidur di rumah, kalau ada sekalipun tidur di rumah saudara-mara,” ujarnya di X.
Tambah individu tersebut, kakaknya sangat menjaga hubungan dengan Allah hingga menyebabkan dia rasa jijik apabila mengetahui hal sebenar.
“Betullah orang kata, kita tak boleh senang menilai orang tu dari luaran. Kakak saya sangat menjaga solat, tahajud, baca quran lepas solat semua.
“Tapi kenapa dia boleh jadi macam tu. Saya rasa jijik sangat tengok kakak sendiri. Dia tak tahu yang rahsianya dah terbongkar,” tambahnya.
Rupa-rupanya individu tersebut terjumpa satu lagi akaun X milik kakaknya yang memaparkan hubungan kakak dengan pasangan sejenis.
Sehingga kini sudah lebih dua bulan dia tidak bertegur sapa dengan kakaknya, lebih menyedihkan dia memaklumkan ibunya mengenai perbuatan jijik kakaknya.
“Sekarang mak saya dah tahu sampai demam sebab menangis. Itu pun lepas mak saya duduk berbincang alasan kenapa sata tak bertegur dengan kakak,” katanya.
Rata-rata warganet mempersoal mengapa individu tersebut tidak duduk berbincang bersama kakak terlebih dahulu dan menyalahkannya kerana menyebabkan ibu mereka sakit.
“Kita pun ada dosa kita masing-masing. Sampainya hati beritahu kat mak sampai dia demam. Kenapa tak selesaikan dulu dengan kakak?
“Masalah dah jadi lebih besar bila melibatkan orang lain. Awak patut rasa jijik dengan tindakan awak. Terlalu ikutkan hati dan tak peduli perasaan orang,” antara komen warganet.
Baca juga:13 tahun digelar ‘cikgu gila’ kutip kayu terpakai membuahkan hasil, berjaya miliki rumah idaman