Kakak Lee Zii Jia sendiri buka mulut sebab sebenar pemain itu jadi ‘lemau’.Sejak dua hari ini, nama Lee Zii Jia telah menjadi topik bualan utama peminat sukan tanah air. Malang sekali yang menjadi sebutan adalah mengenai kegagalannya di dua kejohanan utama di Jepun – Kejohanan Badminton Dunia BWF dan Terbuka Jepun.
Pemain perseorangan negara itu mencipta kontroversi pada awal tahun ini apabila bertindak keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bergelar pemain profesional.
Sejak daripada itu, harapan peminat badminton negara sentiasa tinggi untuk melihat pemain berusia 24 tahun itu merangkul lebih banyak kejuaraan.
Malah sebenarnya sejak Zi Jia muncul juara All England 2021, menewaskan Viktor Axelsen di final, nama Zii Jia sudah pun dicanang sebagai pengganti Lee Chong Wei sebagai jaguh baharu badminton negara. Sekurang-kurangnya itu yang ramai mahu percaya.
Kontroversi sekali lagi dicipta pemain itu apabila menarik diri daripada mewakili negara di Sukan Komanwel, khusus untuk memberi tumpuan kepada Kejohanan Dunia. Kita semua tahu apa yang berlaku.
Apa masalah Zii Jia?
Jadi apa masalah sebenar Lee Zii Jia. Adakah Zii Jia rebah kerana tekanan?
Dua kejohanan di Jepun setakat ini dianggap sebagai penyertaan terburuk yang disertai pemain itu sepanjang tahun ini.
Saat Zii Jia diharap dapat menebus kehampaan di Kejuaraan Dunia, beliau mudah ditewaskan oleh pemain No.12 dunia, K. Srikanth dari India dengan kiraan mata straught set, 22-20, 23-21 – kekalahan pertama daripada tiga pertemuan membabitkan kedua-dua pemain sebelum ini.
Selepas permulaan hebat kepada karier profesionalnya, Zii Jia yang muncul juara di Kejohanan Asia dan Terbuka Thailand kini gagal melayakkan diri ke suku akhir dalam tiga kejohanan terakhir yang disertainya.
Baru-baru ini, kakak kepada Lee Zii Jia iaitu Lee Zii Yii yang juga merupakan bekas pemain negara yang bertanggungjawab mengurus karier pemain itu menjelaskan situasi yang dihadapi adiknya itu kepada News Strait Times.
“Ia amat jelas Zii Jia gagal berhadapan dengan tekanan,” kata Zee Yii.
“Dia perlukan lebih banyak bantuan dan bimbingam. Ia amat bagus jika dia boleh dapatkan seseorang yang boleh memberikan nasihat dari segi jangkaan, perancangan di kejohanan, program latihan, bagaimana untuk berkomunikasi kepada umum, dan juga imej.
Mental strength is a basic need for sports..
Looks like the recent critisms of pulling out from cwg and early loss at world championships have affected the mental peace of LZJ in his game..
But am pretty sure he’ll bounce back ❤️ Lee Zii Jia will comeback stronger than ever 💪🔥 pic.twitter.com/elEd46noRG— N A R E S H (@NameisNareshh) August 31, 2022
“Dia juga perlukan seorang rakan sparring yang lebih baik. Buat masa ini kualiti ketika sparring amat kurang.
“Dia tidak merasakan sangat perubahan tersebut selepas baru beberapa bulan meninggalkan pasukan negara [BAM] kerana pada masa itu keadaannya masih begitu baik. Tetapi kini ia sudah berbeza.
“Sekarang terpulang kepada dirinya sendiri untuk kembali bangkit. Sudah tentu kita semua mengharapkan beliau bangkit semula selepas ini.”
Kekalahan Zii Jia di Terbuka Jepun menjadi lebih parah apabila seorang lagi wakil negara, Liew Darren turut kecundang di pusingan pertama kepada wakil Jepun, Kodai Naraoka, 21-17, 18-21, 21-6.
Sebenarnya sukar untuk menerima penjelasan dan alasan yang diberikan oleh Zii Yii mengenai kegagalan Zii Jia.
Hanya selepas lapan bulan berkeras untuk menjadi pemain profesional, kekuatan mental sudah dijadikan alasan.
Kemudian Zii Yii turut menyenaraikan segala keperluan yang tidak dimiliki oleh Zii Jia selepas bergelar memilih untuk bergelar pemain profesional.
Padahal, semua itu boleh didapati secara percuma oleh Zii Jia sekiranya masih kekal bersama BAM.
Jika alasan diberikan untuk meninggalkan BAM juga adalah kerana tekanan, dan kekalahan terbaru kali ini juga disebabkan tekanan, maka apa yang Zii Jia perlukan sebenarnya?
BACA:
Lelaki lari tinggal teman wanita sendiri lepas curi barang RM1,000