Kakak ‘cleaner’ terkejut makanan daripada pegawai ,staf minta pulangkan balik

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Walaupun hanya bekerja sebagai pekerja pembersihan, itu bukanlah tiket untuk anda memandang rendah kepada mereka ini.

Tanpa mereka tidak mungkin persekitaran bersih dan tandas menjadi wangi namun ada juga bersikap sombong terhadap ‘cleaner’.

Menetik mStar, seorang wanita dalam video di TikTok berkongsi pengalaman bekerja sebagai pekerja pembersihan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Waktu PKP aku jadi cleaner sementara ekonomi pulih dan boleh berniaga di kantin seperti biasa.

“Pada satu hari ada seorang pegawai yang baik, dia bagi nasi kat aku sebab program dah habis dan dia pelawa pada aku.

kakak ‘cleaner’ terkejut makanan daripada pegawai ,staf minta pulangkan balik

“Kemudian datang seorang staf bawahan di jabatan tu tanya kenapa aku ambil makanan peserta. Aku cakap tak mahu tapi kakak tu (pegawai) bagi.

“Dia pun cakap tak boleh (ambil), nanti tak cukup untuk peserta. Aku pun balas dengan suruh dia ambil balik sebab tak mahu,” ujarnya seperti dipetik mStar.

Mengakui sedih dengan kata-kata tersebut wanita itu memaklumkan dia sudah memesan makanan menerusi laman e-dagang.

“Aku terus cakap yang dah order lunch, nanti rider hantar… lagipun nasi bajet murah macam tu, memang kurang (gemar) sikit.

“Aku kerja cleaner, nampak betul yang orang pandang rendah, mentang-mentanglah aku cuci jamban.

“Kemudian aku terus pusing arah lain dan menangis. Masa tu terkenang bagaimana nasib mak aku dulu masa dia jadi cleaner selama 30 tahun. Mungkin macam ni la orang hina mak aku.

“Aku rasa gaji dia (staf agensi) sama je dengan cleaner, tapi sombong tu kalah pengarah,” luahnya lagi.

Baca juga:Percaya bulat-bulat boleh untung dalam 3 hari, warga emas berputih mata RM873,000 lesap