Kajian dedah umur rakyat Malaysia makin pendek, ini yang berlaku. Bayi lelaki dan perempuan yang lahir pada 2022 secara purata dijangka hidup selama 73.4 tahun iaitu sedikit menurun berbanding 74.5 tahun bagi bayi yang lahir tahun lalu, menurut statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hari ini.
Menurut jabatan itu, statistik jangkaan hayat di negara ini mencatatkan penurunan sejak 2020 adalah disumbangkan oleh faktor peningkatan lebihan kematian semasa pandemik COVID-19.
Berdasarkan statistik berkenaan golongan perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki dengan perbezaan jangkaan hayat 4.5 tahun pada 2022.
“Bayi lelaki yang lahir pada 2020 secara purata dijangka hidup hingga 72.5 tahun; 72.3 tahun (2021) dan 71.3 tahun bagi yang lahir pada 2022, manakala bayi perempuan yang lahir pada 2020 dijangka hidup hingga 77.2 tahun; 77 tahun (2021) dan 75.8 tahun (2022),” menurut jabatan itu.
Sementara itu, data turut merekodkan lelaki dan perempuan yang mencapai usia 15 tahun pada tahun ini, masing-masing dijangka hidup hingga 56.9 tahun dan 61.3 tahun lagi.
Bagi lelaki dan perempuan berumur 60 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 17.5 dan 20.1 tahun lagi iaitu hingga usia mereka sekitar 77.5 tahun (lelaki) dan 80.1 tahun (perempuan).
“Lelaki dan perempuan berumur 65 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 14.2 tahun dan 16.4 tahun lagi. Ini bermakna mereka dijangka hidup hingga berusia 79.2 tahun bagi lelaki dan perempuan, 81.4 tahun,” menurut Jabatan Perangkaan.
Jabatan itu memaklumkan, etnik Cina mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dengan lelaki, 73.5 tahun dan perempuan, 79.4 tahun.
Enam negeri mencatatkan jangkaan hayat melebihi paras nasional (73.4 tahun) adalah Selangor dengan 75.2 tahun, Wilayah Persekutuan Putrajaya (74.5 tahun), Wilayah Persekutuan Labuan (74.5 tahun), Sarawak (74.3 tahun), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (74.0 tahun) dan Sabah (73.5 tahun) pada 2022.
Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi 2020 hingga 2022, manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2020 dan 2021, sementara Kedah mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah tahun ini.
BACA:
Anwar sahkan akan bertanding di kerusi pengkhianat, Ampang atau Gombak?
Mohammed Salman dilantik Perdana Menteri Arab Saudi
Bicara gangguan seksual Ebit Lew: Saksi buat kenyataan mengejutkan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio