Ukur baju di badan sendiri, mendirikan rumah tangga juga ia haruslah mengikut kemampuan diri.
Namun, berbeza kisahnya bagi seorang peniaga cucur yang hidup dalam serba kekurangan tetapi
Memilih untuk mengahwini dua orang isteri. Mereka kini tinggal serumah di wilayah Jawa Timur, Indonesia.
Melalui satu video tular di laman YouTube, keadaan kediaman milik lelaki yang dikenali sebagai Busairi dilihat uzur dan sempit, hanya mempunyai lantai tanah
Rumah tersebut tidak mempunyai bilik, dan Busairi serta isteri-isterinya tidur di bahagian tengah rumah, walaupun mereka mempunyai katil.
Berhampiran dengan tempat tidur mereka terdapat dapur kecil yang dilengkapi dengan beberapa peralatan memasak.
Selain mencari rezeki sebagai peniaga makanan, Busairi juga pakar sebagai pawang yang dapat merawat orang sakit, dan daripada sini, dia turut mendapatkan upah.
“Saya bahagi nafkah secara adil dengan kedua-dua isteri saya.
Ada kalanya isteri tua memberikan semua kepada isteri muda kerana jika dibahagikan, wang itu sangat sedikit,” ujar Busairi.
Busairi juga berkongsi tip kebahagiaan jika ingin berpoligami.
“Jangan bandingkan antara isteri pertama dan kedua. Saya selalu tekankan, jika isteri tua melakukan kesalahan, isteri muda harus memaafkan.
“Sama juga jika isteri muda melakukan kesalahan, isteri tua harus memaafkan,” kata Busairi.
BACA:Terkejut tahu individu ini beselindung di sebalik Global Ikhwan