Kahwin dengan Ira Kazar, sekali ibu Syamsul Yusof bagi komen padu ini. “Restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan.”
Begitulah kata-kata ibu pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail yang seolah-olah tidak merestui jika anaknya itu sudah berkahwin dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Fatimah dalam hantaran di Instagram (IG) menekankan perkahwinan anaknya, Syamsul dengan pelakon Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuh hati.
“Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mendapat restu keluarga sepenuhnya.
“Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya. Mereka dikurnia sepasang cahaya mata,” tulisnya.
Dalam perkongsian itu, Fatimah memuat naik foto perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Syamsul, 38, dan Puteri Sarah, 37, memasuki episod baharu apabila ada pengikut mendakwa Syamsul dan Ira sudah berkahwin.
Ira dikatakan menjadi ‘orang ketiga’ dalam konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul yang difahamkan sudah lama tidak tinggal sebumbung.
Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta dua aduan di Pejabat Agama Islam terhadap Ira.
Berdasarkan kenyataannya, Ira bakal diheret ke muka pengadilan menjelang Ogos tahun depan.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam yang berusia lima tahun dan Sumayyah, tiga tahun.
BACA:
Tak sangka PM Anwar lakukan perkara ini ketika lawat Kelantan
[Video] – “Messi pun meluat dengan Salt Bae”
Jawatan kosong di Jabatan Akauntan Negara, mohon sekarang
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio