Kaedah ini boleh elak dari jubin ‘meletup’, cuma guna susu ini je

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Pemasangan jubin dapat memberikan impak luas dan mewah pada sesebuah kediaman.

Penggunaannya yang semakin popular membuatkan ia turut dipasang di ruangan dapur

serta bilik air dengan tema dan corak yang menarik.

Selain memastikan tekstur yang memberikan ciri-ciri anti gelincir dan gaya yang sesuai,

kaedah pemasangannya juga perlu diberi perhatian. Ini kerana terdapat beberapa kes jubin yang siap dipasang tiba-tiba ‘meletup’.

Kaedah ini boleh elak dari jubin 'meletup', cuma guna susu ini je

Keadaan ini bukan sahaja merosakkan jubin, tetapi juga menyebabkan tuan rumah perlu menanggung kos tambahan untuk membuang dan membersihkan sisa jubin sebelum pemasangan baharu dilakukan.

Menerusi laman Facebook Tukang Apa Hari Ini, pengguna berkongsi teknik terbaharu bagi memastikan insiden meletup tidak berulang.

Penggunaan susu latex yang disapu pada permukaan lantai dapat membantu cengkaman jubin lebih kuat dan padat, terutama untuk jubin jenis keras dan heavy duty.

1. Untuk pemasangan jubin 2×2 ni, tukang menggabungkan simen gam dengan susu latex.

2. Campuran diletakkan pada belakang simen dan disapu menggunakan alatan notch trowel.

3. Selepas selesai, sapuan campuran tersebut dibiarkan semalaman sebelum diletak dan disusun pada permukaan.

Kaedah ini dapat mengelakkan jubin mudah tercabut mahupun melengkung selepas beberapa ketika.

Ia juga sesuai untuk pemasangan jubin bagi bahagian laman luar yang terdedah pada hujan dan panas.

Kaedah ini juga bagus untuk pemasangan jubin pada table top dan dinding rumah. Jubin reject yang nipis. pun boleh!

BACA: “Balik kerja tengok kereta takde, selamba mak mertua cakap, kak ipar guna bawa balik kelantan, naik lemak betul, anak dia pun aku bela”