Juruteknik ‘traffic light’ jelaskan kenapa giliran anda jalan kena skip ramai tak tahu

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Pernahkah anda terpaksa menunggu lama di lampu isyarat dan tertanya-tanya mengapa giliran anda tidak kunjung tiba?

Sebenarnya, giliran anda mungkin telah dilangkau oleh lampu isyarat tersebut.

Anda pasti ingin tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku dan mencari penjelasan tentang situasi ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dengan nama @thegxmer20, atau nama sebenarnya Afiq,

seorang juruteknik lampu isyarat, telah memberikan penjelasan di Twitternya. Mari kita ikuti penjelasannya!

Juruteknik 'traffic light' jelaskan kenapa giliran anda jalan kena skip ramai tak tahu

Menurut Afiq, lampu isyarat berfungsi dengan mengesan kehadiran kenderaan menggunakan alat pengesan yang dikenali sebagai loop sensor.

Sensor ini akan mengesan kewujudan kenderaan dan menghantar isyarat kepada lampu isyarat untuk bertukar warna.

Jika loop sensor ini rosak, lampu isyarat hanya akan bertukar warna hijau selama kira-kira 10 saat sahaja.

Ini kerana alat pengesan tersebut terdiri daripada kabel yang diletakkan di bawah permukaan jalan.

Untuk pengetahuan anda, alat pengesan pada lampu isyarat ini berfungsi untuk melangkau (skip) giliran atau memendekkan masa lampu hijau apabila tiada kenderaan dikesan.

Loop sensor ini bukan berfungsi berdasarkan berat kenderaan tetapi berdasarkan gelombang yang dihasilkan.

Afiq juga menambah bahawa jika lampu kuning berkelip, ini menandakan berlakunya kerosakan pada lampu isyarat.

Oleh itu, adalah penting bagi orang ramai untuk melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak berwajib agar pembaikan dapat dilakukan dan kemalangan dapat dielakkan.

BACA: Jaket LV Annuar Musa ketika berkempen DUN Nenggiri tarik perhatian netizen