Cliff Umar merupakan seorang penyanyi yang muncul sebagai pemenang program hiburan realiti GV7 atau Gegar Vaganza musim ke-7.
Pun begitu, episod gelap menyelubungi vokalis Projek Pistol itu apabila dia didakwa memiliki 0.39 gram heroin
Dan dia ditahan di Subang Jaya pada 3.30 petang pada 26 Mei lalu.
Dalam hantaran di Instagram miliknya, Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph
insiden yang berlaku pada Mei lalu itu dijadikan sebagai pengajaran bagi menjadikan dirinya sebagai individu yang lebih baik.
Lebih mengejutkan, pelantun lagu Wanita Seluruh Dunia itu berkongsi dia sudah pun meneruskan kehidupannya sebagai seorang rider Gojek iaitu servis menghantar penumpang menggunakan motosikal yang terkemuka di Indonesia.
“Tidak kira apa yang berlaku dalam hidup saya, menggegarkan pentas sebagai penyanyi atau menjadi rider Gojek, saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya kehidupan yang telah saya lalui,”tulisnya.
Dia juga berkata tiada apa yang lebih menyedihkan daripada kehilangan agama serta cinta hatinya, Anita.
“Tidak kira seberapa keras saya ditolak, saya akan sentiasa bangkit dengan lebih kuat dan lebih baik,”tulisnya lagi.
Pun begitu, bekas juara GV7 itu tidak mengesahkan adakah dia kini menetap di Indonesia ataupun tidak.
BACA: ‘Rezeki yang tak disangka-sangka, warga emas terkejut ada RM 18k wang tak dituntut