JKR senarai 13 lokasi jalan runtuh di negeri terjejas banjir ramai patut tahu

Oleh FAHMI ABBAS

Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia (BIGBEN) telah mengeluarkan laporan terkini mengenai kejadian bencana yang melanda beberapa negeri di Malaysia.

Laporan ini dimuat naik di portal rasmi Facebook BIGBEN, mengemas kini situasi bencana sehingga pukul 6 pagi hari ini yang melibatkan tujuh buah negeri.

Menurut laporan tersebut, sebanyak 231 lokasi di negeri Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Terengganu dan Pahang

Negeri yang terjejas akibat bencana yang melibatkan banjir, banjir kilat, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap serta kerosakan atau keruntuhan jambatan.

Keadaan Jalan Runtuh di Tiga Negeri

JKR senarai 13 lokasi jalan runtuh di negeri terjejas banjir ramai patut tahu

Laporan tersebut turut memberi perhatian khusus kepada 13 kejadian jalan runtuh yang berlaku di tiga buah negeri: Kelantan, Terengganu, dan Perak.

Bagi pengguna jalan raya, adalah penting untuk memberi perhatian dan berhati-hati terhadap kawasan yang terjejas.

Di Kelantan, kejadian jalan runtuh dilaporkan di 10 lokasi di empat jajahan iaitu Gua Musang, Machang, Tumpat dan Kuala Krai. Di Gua Musang, empat kes jalan runtuh dilaporkan, melibatkan Jalan Gua Musang – Jelawang, Jalan Paloh 3 ke Kampung Lebir, Jalan Aring 8, dan Jalan Lojing.

Di Machang, dua lokasi dilaporkan mengalami jalan runtuh iaitu di Jalan Kemuning – Bukit Belah dan Jalan Pangkal Meleret – Limau Hantu.

Di Tumpat pula, jalan runtuh berlaku di Jalan Tumpat – Tujuh – Genting melibatkan tiga lokasi berbeza. Manakala di Kuala Krai, tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Simpang Tiga Sungai Pahi ke Simpang Tiga Kg. Peris.

Di Terengganu, kejadian jalan runtuh berlaku di Kampung Pengkalan Setol, Besut, serta di Jalan Mengabang Telipot / Batu Rakit berhampiran kedai Pak Nong di Kuala Nerus.

Di Perak pula, jalan runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Pengkalan Hulu – Sempadan Thailand di Hulu Perak.

Langkah Berjaga-Jaga

Orang ramai dinasihati untuk lebih berhati-hati dan mengelakkan penggunaan jalan yang terjejas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

BIGBEN turut mengingatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman Facebook mereka untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan bencana yang berlaku di seluruh negara.

BACA: Selepas sebulan dibenar pindah sementara, isteri cikgu din hembus nafas terakhir