Jika episod peletakan jawatan PM7 tidak berlaku, kemelut politik yang berlarutan dapat dielakkan – Agong

Oleh MHDAILY

Jika episod peletakan jawatan PM7 tidak berlaku, kemelut politik yang berlarutan dapat dielakkan – Agong. Kemelut politik yang membelenggu negara sejak empat tahun lepas boleh dielakkan, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Jika episod yang membawa kepada peletakan jawatan perdana menteri ke-7 (Dr Mahathir Mohamad) tidak berlaku, rantaian kemelut politik yang berlarutan sehingga kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) juga akan dapat dielakkan.

“Lebih penting lagi, kemelut politik yang membelenggu negara hampir empat tahun lamanya boleh dielakkan jika Ahli Parlimen dan ahli politik mengenepikan perbezaan dan bersatu-padu semata-mata atas dasar untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara,”

Jika episod peletakan jawatan PM7 tidak berlaku, kemelut politik yang berlarutan dapat dielakkan - Agong

titah Baginda dalam istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Dalam titahnya, Sultan Abdullah menceritakan peristiwa yang berlaku sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020, termasuk menyaksikan tiga perdana menteri mengangkat sumpah.

Sultan Abdullah juga bertitah, baginda hanya melaksanakan amanah dan janji yang dituntut seperti yang telah dilafaz dan diikrarkan.

“Beta tidak berniat untuk mencampuri urusan politik negara, apatah lagi untuk mengatur percaturan landskap politik tanah air.”

Sultan Abdullah menekankan kemajmukan dan kepelbagaian yang wujud sebagai kekuatan utama negara.

Baginda menggesa semua ahli politik untuk menghormati dan menerima keputusan PRU15 dengan “hati terbuka”, dan memberi tumpuan dalam mengutamakan pemulihan ekonomi dan kepentingan rakyat.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 29 hari sehingga 30 Mac ini.

BACA:

Ini 10 senarai duta besar Malaysia yang baru dilantik

“Dia tunjuk pisau, terus dia tarik handphone, beg saya”, nasib malang, penyamun terbabas sehingga patah kaki