Jijik betul! Dah habis makan sebungkus nasi lemak, sekali tengok ada telur katak dalam tu.Sejak kebelakangan ini banyak betul orang terjumpa benda pelik-pelik dalam makanan,
Ada skru lah, dawai kokot lah dan lebih menjijikkan lagi ada individu ini mendakwa dia terjumpa telur katak!
Telur katak dalam nasi lemak?
Menurut perkongsian, individu ini menjumpai telur katak tersebut selepas dia habis makan sebungkus nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang.
Menurut individu ini, ketika dia bertanyakan kepada ibunya, dia menjawab bahawa itu adalah telur katak namun rakannya cuba tenangkan dirinya dengan mengatakan ia adalah biji selasih.
Disebabkan perkara ini, individu tersebut serik untuk makan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang lagi.
“Mak saya kata itu telur katak tapi teman saya nak sedapkan hati saya dia cakap tu biji selasih. Saya takkan makan nasi lemak bungkus daun pisang mulai sekarang.”
Melihat video ini, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang kata telur katak di dalam nasi lemak itu adalah perkara yang tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan peniaga tidak lap daun pisang dengan elok sebelum dijadikan sebagai satu hidangan.
BACA:
Sepatutnya kakak yang kahwin, tiba-tiba adik yang kena ganti tempat kakak rupanya ini yang terjadi
‘Kenapa awak ni ayam?’, Suami Fatin Afeefa perli Adam Shahz?