“Jijik baca komen bini orang dekat sini”- Foto atlet lelaki Malaysia jadi perhatian. Sukan Komanwel Birmingham 2022 sudahpun melabuhkan tirai. Kontinjen Malaysia yang dibarisi 104 atlet berjaya menepati sasaran dengan mengutip tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa.
Antara sukan yang dilihat cemerlang adalah angkat berat apabila menyumbangkan pingat emas dan perak kepada kontinjen negara.
Menang pingat di sukan Komanwel
Salah seorang yang berjaya meraih pingat perak adalah Muhammad Erry Hidayat apabila menaiki podium selepas cemerlang dalam kategori 73 kilogram (kg) dibelakang pemenang pingat emas dari India, Sheuli Achinta.
Dia juga telah berkongsi gambar seolah-olah sedang tidur bersama pingat perak yang dimenanginya dan memuat naik di Instagram.
Lelaki atau perempuan komen macam ni tetap kira gangguan
Namun begitu, menerusi perkongsian yang dibuat Jabatan Netizen Malaysia di Twiter, banyak komen-komen berbentuk gangguan seksual telah dibuat oleh sebilangan wanita apabila melihat otot sasa atlet angkat berat itu.
Sudah tentu warganet berasa geli kerana apa yang dilakukan wanita-wanita tersebut merupakan satu bentuk gangguan yang mana jika ia dilakukan kepada golongan perempuan pasti sudah dikenakan tindakan segera.
Siap nak berbantal lengan
Ni jenis perempuan yang menggatal dengan laki orang la ni
Menjengah ke ruangan komen di Twitter tersebut, ramai yang menyelar tindakan wanita terbabit yang tidak semena-mena ‘berdenyut’ apabila melihat tubuh sasa lelaki lain sedangkan sudah berumah tangga melihat daripada profile picture yang digunakan.
Mereka juga menggesa agar sesiapa pun tidak kira lelaki atau perempuan yang melakukan gangguan seksual dikenakan tindakan undang-undang kerana komen seperti itu sangat jijik jika dibaca terutamanya di media sosial.
” Tunjuk dekat laki dia perangai bini gatal macam ni ”
” Gambar dengan family pun masih tak sedar diri ”
” Ternyata buaya bukan satu jantina sahaja ”
BACA:
Sifu marketing terkenal ‘koyak’ lepas kena tanya soalan ni
Ketiak Amelia diiktiraf paling cantik, “berdarah dah hidung tengok ni..”
Laporan sahkan rakyat Malaysia dan Indonesia paling malas jalan kaki
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio