Jep buka cerita sebab Sari Yanti pilihnya jadi suami, semua macam terpaku bila tahu. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pasangan popular,
pelakon jelita Sari Yanti dan pelawak terkenal Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin yang mana mereka antara pasangan yang begitu disukai peminat kerana sikap mereka yang sentiasa humble.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2017 dan kini bahagia bersama anak-anak mereka.
Jep Sepahtu dan Sari Yanti sering menjadi sorotan ramai yang mana mereka jarang terpalit kontroversi malah sikap mereka yang jarang berkongsikan hal peribadi kepada umum membuatkan mereka menerima pujian peminat.
Sering dipuji netizen
Meskipun begitu, terhibur pula peminat pasangan bahagia ini apabila Jep Sepahtu mulai berkongsikan tentang dia dan Sari Yanti. Jep berkata dia tidak hanya memilih dari sekadar cantik malah dia lebih memilih keperibadian.
Tambahnya lagi dia juga pernah bertanyakan kepada isterinya, Sari Yanti kenapa memilih dirinya sedangkan dia juga cantik dan dia menjawab bahawa untuk mencari handsome dan cute itu susah berbanding sekadar handsome.
@sinar_my Jep kata Sari Yanti pilih dia sebab dia handsome dan cute 😂 Yeke ? #PagiDiSINAR ♬ original sound – SINAR
Menerusi rakaman video tersebut menunjukkan Siti Elizad dan Angah ketawa dengan gelagat Jep yang sempat berseloroh. Walau bagaimanapun, dalam pada Jep Sepahtu yang sering lucu netizen juga memuji dengan ketegasannya.
‘Jep ni buat lawak pun muka serius je’
BACA:
Wanita ini dedah cara ‘ustaz-ustaz’ Pas manipulasi dana kutipan sedekah untuk bermewah
Jarang Sari Yanti kongsi wajah anak-anak lengkap semua- “Dah besar dan comel-comel..”