Baru-baru ini, kontroversi melibatkan sikap tak bersyukur pelarian Rohingya mencetuskan perbincangan
Apabila mereka membuang nasi bungkus yang diberikan oleh penduduk tempatan di Aceh.
Seperti dilaporkan oleh Astro Awani, daerah Kota Sabang di Aceh menjadi tempat pendaratan bagi Rohingya
kerana lokasinya yang strategik di hujung paling utara Sumatera.
Walau bagaimanapun, kehadiran etnik ini tidak disambut baik oleh penduduk tempatan. Pantai yang sebelum ini bersih kini dipenuhi dengan sampah sarap.
Rohingya bahkan mendirikan khemah di tepi pantai untuk berteduh dan tidur. Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai @andi.sanjaya86 telah merakamkan kawasan sekitar dan menemui bungkusan nasi di dalam semak.
@prabunews_Prabunews – Gelombang etnis Rohingya terus berdatangan sejak beberapa pekan yang lalu, yang terbaru para imigran Rohingya ini kembali datang dan terdampat di wilayah Sabang pada Sabtu (02/12/2023). Pantauan Sripoku.com pada akun TikTok @andi.sanjaya86 pada Senin (04/12/2023), yang mengunggah peristiwa tersebut. Dalam unggahan tersebut tampak etnis Rohingya masih bertebaran di pinggir pantai di kawasan Sabang Aceh, mereka terlihat ramai medirikan sebuah tenda untuk menjadi tempat berstirahat. #prabunews #viralvideo #shorts #reels #reelsfacbook #reelsinstagram #viral #viraltiktok
Beliau menyatakan bahawa nasi bungkus yang mengandungi telur itu diberikan oleh penduduk tempatan, namun disayangkan apabila dibuang begitu sahaja.
“Ini bukan orang lapar, mereka hanya berpura-pura lapar agar dikasihani,” katanya.
Selepas kontroversi itu mencetus, jurucakap kumpulan Rohingya yang dikenali sebagai Ali menyatakan bahawa pelarian tersebut gemar makanan pedas, tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyampaikannya kepada penduduk tempatan.
Warganet yang mendengar penjelasan itu mengkritik sikap pelarian yang memilih makanan bantuan, sambil menyatakan kekesalan kerana rezeki yang diberikan dibuang, sedangkan ada penduduk Indonesia sendiri yang susah dan tidak mendapat makanan.
Difahamkan bahawa penduduk tempatan kini menyuarakan bantahan untuk mengusir pelarian Rohingya dari Aceh, sambil berharap kerajaan mengambil tindakan segera untuk memindahkan mereka ke tempat lain.