Jemaah masjid dan surau tidak wajib lagi pakai mask muka. Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau-surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan.
Menerusi kenyataan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Haji Mohd Ajib Ismail berkata keputusan itu dibuat selaras dengan ketetapan terkini kerajaan berkaitan dengan kelonggaran Prosedur Standard Operasi (SOP).
Sementara itu, Mohd Ajib berkata JAWI amat menggalakkan individu yang bergejala seperti kumpulan yang berisiko terus mengamalkan memakai pelitup muka.
“Manakala individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak adalah digalakkan untuk memakai pelitup muka,” katanya menerusi kenyataan.
Mengulas lanjut, beliau berkata walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan.
Katanya, perkara itu akan berkuatkuasa pada 30 September, Jumaat ini.
Selain itu, Mohd Ajib turut mengajak orang ramai untuk mengimarahkan masjid dan surau bersama-sama agak kesejahteraan masyarakat dan negara dapat dibina.
Semalam Awani melaporkan Menteri Kementerian Kesihatan Khairy Jamaluddin turut memutuskan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang.
Jelasnya, keputusan itu dibuat atas dasar menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang.
BACA:
Iphone 14 tak dapat sambutan, Apple terpaksa kurang 6 juta unit
Kajian dedah umur rakyat Malaysia makin pendek, ini yang berlaku
Belum pun lancar lagi, TMJ jadi individu pertama cuba game FIFA 2023