JAWI bebaskan wanita hina Islam, tak jadi didakwa di Mahkamah Syariah. Wanita yang didakwa menghina islam di Kelab Komedia ,Siti Nuramira Abdullah, yang sebelum ini dituduh di mahkamah sivil, tidak didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Hannann Syoffeeya Zainal Syahrir, pembantu peguam R Sivaraj Hannann, berkata Siti Nuramira dibebaskan dengan jaminan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada jam 10 malam, semalam.
Katanya, beliau menerima panggilan daripada pegawai Jawi bagi memaklumkan pembebasan wanita itu tanpa jaminan atau bon oleh Jawi.
“Sejurus dilepaskan, Siti Nuramira dibawa ke rumah ibu saudaranya di Kelana Jaya, Selangor tetapi dia keberatan untuk menerima anak saudaranya itu.”
Tambah Hannann Syoffeeya lagi, Nuramira kemudian dibebaskan di Kuala Lumpur dan dibawa bertemu peguam dan dihantar pulang ke rumahnya di Petaling Jaya.
“Akhirnya kami sampai di rumahnya sekitar tengah malam, Alex terkejut dan mereka berpelukan satu sama lain,”
Semalam, penguat kuasa agama yang enggan dinamakan berkata wanita terbabit akan ditahan selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Jawi menahannya selepas dia dibebaskan setelah membayar wang ikat jamin di mahkamah sivil setelah didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut Islam.
Nuramira Abdullah baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan membuka baju dan menunjukkan assetnya selepas mengaku menghafal 15 juruk al-Quran, dalam persembahan komedi di Kuala Lumpur.
Kekasihnya V Alexander Navin turut dihadapkan ke mahkamah kerana mengedarkan rakaman persembahan itu manakala pengasas bersama Crackhouse Rizal Van Geyze disiasat polis.
BACA:
Rapid KL kena ‘sekolah’ balik dengan netizen selepas tegur penumpang
Majlis kahwin jadi huru-hara, ombak besar ‘bantai’ tetamu yang hadir
Gadis selamba makan mi segera dalam train, admin LRT perli di twitter siap tunjuk gambar