Jawatan kosong besar-besaran dibuka, UMP tawar gaji sehingga RM20,592. Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Kekosongan Jawatan
GURU BAHASA – DG41
Gaji: RM2,188 – RM9,552
PENSYARAH UNIVERSITI – DS51/DS53/VK7
Gaji: RM5,855 – RM20,592
PEREKA – B41
Gaji: RM2,095 – RM9,587
PEGAWAI UNDANG-UNDANG – L41
Gaji: RM2,418 – RM9,607
PENOLONG PEGAWAI SAINS – C29
Gaji: RM1,505 – RM5,696
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – W19
Gaji: RM1,353 – RM4,005
PEREKA – B19
Gaji: RM1,360 – RM4,032
Syarat-syarat Kelayakan
Merupakan warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di pautan yang disediakan oleh pihak majikan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 29 OGOS 2022 (ISNIN).
BACA LAGI:
Laporan dedah Malaysia antara 5 negara punyai e-mel berniat jahat paling tinggi
Dikecam pakai songkok badan separuh bogel, pereka fesyen buka mulut
Selamba je penyanyi lelaki ni cium BCL diam-diam, ‘terkejut dia weh’