“Jap jap, saya tulis, jalan sini teruk ye?” Tunku Azizah tulis sendiri aduan masalah jalan berlubang penduduk Sabah

Oleh FAHMI ABBAS

Video tular mengenai Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menulis sendiri aduan

Mengenai jalan rosak ketika lawatannya ke Sabah menerima pujian warga net.

Melalui sebuah video tular, Raja Permaisuri mendengar aduan daripada penduduk di situ lalu menulis sendiri di atas sebuah buku.

“Jap jap, saya tulis, jalan sini teruk ye?” kata Raja Permaisuri.

Malah, Raja Permaisuri Agong turut bersalaman dengan individu yang memberitahu masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berharap aduan yang ditulis sendiri oleh Raja Permaisuri dapat memberi perubahan kepada jalan raya di Sabah.

“Lepasni JKR sana tak boleh tidur saja lah. Aku pun pening drive kat sana.

@kakintansukashare Membalas kepada @ybehsan habis lah kali ni.. ramai pecah rahsia😅#agongdatangsabah #jelajahborneo #hanyadisabah #permaisuriagong #jalandisabah ♬ The Final Countdown (Originally Performed by Europe) [Instrumental Version] – Hit The Button Karaoke


Harap lepas ni jalan cantik untuk kemudahan rakyat sana,” komen netizen.

“Direct terus dekat Agong, wakil-wakil rakyat buat kerja kalian! Jangan ambil duit peruntukan masuk poket lepas tu dia tak buat kerja untuk rakyat. Padu rakyat Sabah,” luah netizen.

“Daulat Tuanku, terima kasih Tuanku kerana datang di Sabah Negeri di Bawah Bayu dengan satu lawatan semoga ada perubahan jalan di Sabah ini. Ampun Tuanku,” kongsi netizen.

BACA: “Dengan penatnya bekerja, suami layan aku macam ‘roommate’ di asrama dan dilayan macam ‘bibik’ oleh mentua”