Jangan keringkan dalam beras! Apple dedah cara betul keringkan iPhone basah ramai tak tahu

Oleh SURIANI HAMDAN

Selama bertahun-tahun, kita sering mendengar tentang tip untuk meletakkan iPhone yang basah ke dalam beras untuk beberapa lama.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa kaedah ini berkesan, penyelidik telah mendedahkan bahawa idea ini sebenarnya adalah mitos

Dan beras tidak membantu mengeringkan telefon lebih cepat, malah boleh menyebabkan proses pengeringan menjadi lebih lambat.

Jangan keringkan dalam beras! Apple dedah cara betul keringkan iPhone basah ramai tak tahu

Kini, Apple sendiri telah memberi amaran kepada pengguna untuk tidak meletakkan iPhone yang basah ke dalam beras.

“Jangan meletakkan iPhone anda dalam beras. Ini boleh menyebabkan partikel kecil beras merosakkan iPhone anda,” demikian kenyataan tegas Apple.

Apple juga menasihati pengguna untuk tidak menggunakan haba luaran atau udara panas untuk mengeringkan iPhone. Selain itu, tidak disyorkan untuk memasukkan bahan lain seperti kapas atau tisu ke dalam port sambungan Lightning atau USB-C.

Sebagai gantinya, Apple mencadangkan beberapa langkah berikut untuk mengeringkan iPhone yang basah.

Cara keringkan iPhone basah dengan betul

1. Tepuk iPhone perlahan-lahan menggunakan tangan dengan port sambungan menghadap ke bawah untuk mengeluarkan cecair berlebihan.

Biarkan iPhone di kawasan kering dengan sedikit aliran udara.

2. Selepas 30 minit, cuba cas dengan kabel Lightning atau USB-C atau sambungkan pada aksesori.

3. Jika melihat peringatan di skrin lagi, tinggalkan iPhone itu di kawasan kering dengan sedikit aliran udara selama sehari. Pengguna boleh mencuba lagi dengan mengecas atau menyambungkan aksesori sepanjang tempoh tersebut.

4. Cabut kabel pengecas dan sambung semula jika telefon kering tetapi masih tidak dicas.

BACA: Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia dan ini yang di tinggalkan oleh beliau