Kenaikan harga barang pada masa kini amat membimbangkan.
Jika gaji dinaikkan selaras dengan kos kenaikkan sara hidup, pasti ramai yang akan menarik nafas lega.
Kesukaran ini pastinya lebih dirasai oleh mereka yang mempunyai keluarga, terutamanya dengan kos pendidikan anak-anak dan keperluan lain yang perlu ditanggung.
Untuk memastikan kestabilan kewangan anda, berikut adalah 10 tip yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nu Ha:
Menurut wanita tersebut, dia juga mengamalkan konsep “first in first out” (FIFO) dalam pengurusan stok keperluannya sebagai usaha untuk menjimatkan perbelanjaan.
1. Apabila anda menerima gaji, utamakan untuk menyelesaikan komitmen kewangan anda terlebih dahulu. Asingkan duit untuk simpanan, komitmen seperti bayaran hutang, dan perbelanjaan dengan mengkategorikannya.
2. Manfaatkan jualan murah dan borong produk ketika harganya rendah. Simpan produk untuk membina stok (pastikan untuk memeriksa tarikh luput).
Hindari membeli terlalu banyak ketika menerima gaji (kemungkinan terlalu berbelanja kerana ada banyak duit).
Selalu perhatikan dan bandingkan harga pada minggu gaji dengan dua minggu sebelum gaji untuk memastikan anda mendapatkan harga terbaik.
3. Pantau harga produk di beberapa pasaraya dan pilih yang menawarkan harga terbaik. Buat kad ahli jika tersedia, kerana anda mungkin dapat tebus mata ganjaran dalam bentuk baucar atau kupon tunai.
Selain itu, ambil kira jarak perjalanan, kos bahan api, dan masa yang diperlukan untuk pergi ke pasaraya tersebut untuk menilai potensi penjimatan secara keseluruhan.
Saya buat kad ahli Lotus, Bonuslink dan Watson.
4. Buat senarai semak barang keperluan mengikut kategori (contohnya, barang dapur, penjagaan diri, pakaian, dan lain-lain). Tuliskan barang-barang yang perlu dibeli, kuantiti yang diperlukan, bajet harga yang ditetapkan, dan tempat pembelian seperti pasaraya tertentu.
Dengan membuat senarai ini, anda dapat mengelakkan daripada membeli terlebih banyak stok atau barang yang akan tamat tempoh, dan anda boleh mengamalkan konsep FIFO (first in first out) untuk menguruskan stok dengan lebih bijak.
5. Sertai media sosial, seperti laman Facebook, pasaraya terdekat anda agar anda boleh mendapatkan maklumat tentang jualan murah atau tawaran khas untuk barang-barang keperluan dengan lebih mudah.
Ini akan membantu anda mengikuti promosi dan penjimatan yang mungkin ditawarkan oleh pasaraya tersebut.
6. Beli barang-barang keperluan mengikut saiz yang diperlukan oleh keluarga anda. Tentukan berapa banyak sayur, buah, dan lauk basah yang perlu untuk tempoh seminggu atau dua minggu.
Jika rasa sumber protein telur dan ayam mahal, tukar kepada alternatif lebih murah iaitu ikan bilis, tauhu dan tempe.
7. Memasak sendiri di rumah adalah satu cara besar untuk menguruskan perbelanjaan dan kawal pemakanan. Bawa bekal ke tempat kerja juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan mengelakkan pembaziran.
Belajar memasak hidangan yang anda suka yang mungkin mahal jika dibeli di kedai.
8. Boleh mula berkebun, tanam sayur keliling rumah jika punya ruang/tanah.
9. Potong perbelanjaan tak perlu. Pilih jenama affordable.
10. Buat kerja part time cari side income atau berniaga.
Baca juga:Netizen dakwa Ira Kazar dah diceraikan melalui whatsapp undang reaksi netizen