Jangan bawa anak bercuti di 6 negara ini, tak boleh tidur dibuatnya!

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Pemilihan tempat bercuti yang sesuai untuk keluarga adalah sangat penting

Kerana sesetengah negara tidak mesra kanak-kanak, yang boleh menyukarkan pengalaman percutian anda.

Negara yang tidak mesra kanak-kanak perlu dielakkan atas beberapa faktor,

Termasuk keselamatan yang rendah, kekurangan kemudahan awam, dan persekitaran yang tercemar. I

kuti perkongsian penuh di bawah.

Jangan bawa anak bercuti di 6 negara ini, tak boleh tidur dibuatnya!

1. India (Kawasan Bandar Sesak)

Walaupun India menawarkan banyak destinasi mesra keluarga, bandar-bandar besar seperti Delhi dan Mumbai sering mengalami kesesakan lalu lintas, pencemaran udara yang teruk, serta suasana yang padat dan bising, yang boleh memberi kesan negatif kepada kanak-kanak.

2. China (Bandar Besar)

Kota-kota besar seperti Beijing dan Shanghai juga merupakan negara yang tidak mesra kanak-kanak kerana sering menghadapi masalah pencemaran udara yang tinggi dan kesesakan lalu lintas.

Selain itu, perkhidmatan awam untuk permainan kanak-kanak di kawasan bandar yang padat agak terhad, yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

3. Korea Selatan

Korea Selatan, khususnya bandar besar seperti Seoul, adalah negara maju dengan pelbagai kemudahan moden. Namun, pengangkutan awam yang disediakan kurang mesra kanak-kanak.

Ini kerana pengangkutan awam tidak mempunyai akses yang sesuai untuk ibu bapa yang membawa stroller. Difahamkan, anda perlu menaiki beberapa tangga jika ingin menggunakan perkhidmatan kereta api.

4. Tokyo

Jika anak-anak anda peminat Pokemon atau anime, mereka mungkin ingin bercuti di Jepun. Walau bagaimanapun, bandar seperti Tokyo terlalu sesak dan kurang aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak, menjadikannya kurang sesuai untuk si kecil anda.

5. Bangkok

Bangkok, Thailand juga tidak mesra kanak-kanak kerana mempunyai pelbagai aktiviti yang tidak sesuai untuk umur mereka.

6. Mesir

Di sesetengah bandar utama di Mesir seperti Cairo, lalu lintas yang sesak dan infrastruktur yang tidak mesra pejalan kaki serta kanak-kanak membuatkan ia agak mencabar bagi ibu bapa untuk membawa anak bercuti

. Ruang awam untuk kanak-kanak bermain juga terhad, dan suhu yang sangat panas menyebabkan sukar untuk melakukan aktiviti luar.

BACA: Demi tukar tayar motor pecah, warga emas terpaksa jual penutup subang milik isteri