Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah berkata dia tertanya-tanya tindakan Zaki Yamani
Dia merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh Mei lalu sehingga ke hari ini.
Menurut Berita Harian, Jamal berkata anaknya itu membisu apabila ditanyakan soalan mengenai keputusan peperiksaannya itu.
“Saya sendiri tak tahu kenapa Zaki nak rahsiakan keputusan peperiksaannya.
Saya sudah hantar mesej menerusi WhatsApp dan minta abangnya, Osama Yamani untuk menghubungi adiknya itu, tapi tetap tak nak beritahu.
“Sebagai bapa saya faham, dia mengikuti pelajaran secara dalam talian dan bukannya pergi ke sekolah.
“Jadi, untuk lulus dengan cemerlang mungkin agak sukar. Tapi, saya bersikap terbuka, kalau betul keputusannya kurang memuaskan, dia boleh kembali belajar.
“Lagipun, Zaki masih muda dan peluang masih terbuka luas,” katanya.
Sementara itu, Jamal turut meluahkan rasa teruja apabila mengetahui Zaki baru menjalani temu duga untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Saya dapat tahu Zaki sudah pun selesai menjalani temu duga di UiTM dalam jurusan muzik dan masih menunggu keputusan.
“Kalau begitu, maknanya keputusan SPM tidaklah begitu teruk kerana masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.” katanya.
“Saya dapat tahu Zaki sudah pun selesai menjalani temu duga di UiTM dalam jurusan muzik dan masih menunggu keputusan.
“Kalau begitu, maknanya keputusan SPM tidaklah begitu teruk kerana masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.” katanya.
Sebelum ini, Zaki berkata dia lebih selesa menyimpan perkara itu sebagai privasi miliknya dan ada menerima tawaran daripada beberapa IPT namun belum membuat keputusan kerana masih menunggu tawaran daripada UiTM merupakan idamannya.
BACA: Ini ciri terbaru dalam aplikasi MyJPJ, tak perlu risau kalau geran hilang