Jamal Abdillah dedah rahsia gemar pakai minyak wangi wanita

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Siapa sangka, penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah sebenarnya gemar menggunakan wangian wanita.

Jamal, atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, mendedahkan bahawa sejak usia muda,

Beliau lebih menyukai wangian wanita berbanding wangian lelaki.

“Sejak dulu, saya pengumpul dan pengguna minyak wangi wanita

. Saya suka baunya dan jarang menggunakan wangian lelaki,” katanya kepada mStar.

Jamal Abdillah dedah rahsia gemar pakai minyak wangi wanita

Malah, Jamal memiliki pelbagai koleksi wangian wanita yang dibeli setiap kali berpeluang.

Kecintaan terhadap minyak wangi ini turut mendorong beliau melancarkan jenama minyak wangi wanita sendiri yang diberi nama Verlune.

Jenama itu diilhamkan sebagai tanda penghargaan kepada isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28.

“Saya hadiahkan jenama ini kepada isteri saya sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan,” tambah Jamal.

BACA: Dia kantoi, saya dituduh curang, bekas kekasih pernah mesej aku tapi teori mana sperma boleh bergerak melalui talian?