Jakim sahkan sandwich KK Mart tiada sijil Halal

Oleh FAHMI ABBAS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan bahawa produk ham and cheese sandwich tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), dan syarikat yang mengeluarkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, memaklumkan bahawa

pihak Jakim menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai status halal produk tersebut yang diragui oleh pengguna.

Menurut beliau, Jakim telah menjalankan pemeriksaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati produk tersebut tidak mempunyai SPHM, dan syarikat yang menghasilkannya juga bukan pemegang SPHM.

Jakim sahkan sandwich KK Mart tiada sijil Halal

Oleh itu, tindakan syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Pihak KPDN telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal.

Terdahulu, Universiti Malaya (UM) dilaporkan telah menutup serta-merta dua premis runcit 24 jam di dalam kampusnya selepas dakwaan berkenaan produk sandwich yang diragui status halalnya.

Dalam kenyataan media, UM memaklumkan bahawa penutupan itu dilakukan untuk memberi ruang kepada siasatan agar dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan.

BACA: “Satu Keajaiban” Rumah agam RM40 juta di Malibu selamat dari kebakaran Los Angeles:

Leave a Comment