Jaket LV Annuar Musa ketika berkempen DUN Nenggiri tarik perhatian netizen

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Pakaian yang dikenakan oleh Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) untuk PRK DUN Nenggiri,

Tan Sri Annuar Musa, telah menarik perhatian apabila menjadi topik perdebatan hangat di kalangan warganet sepanjang tempoh kempen.

Annuar berkata, beliau kini menjadi individu paling popular di Malaysia setelah selipar, kasut, dan stoking yang dipakainya mendapat perhatian ramai.

“Ambo (saya) ni bercakap setiap malam… akhir-akhir ini sangat popular.

Dalam Malaya (Malaysia) ni, sehari dua ini, ambo (saya) lah yang paling popular.

Jaket LV Annuar Musa ketika berkempen DUN Nenggiri tarik perhatian netizen

“Sebab semua orang bercakap tentang selipar, kasut, dan stoking saya,” katanya semasa Ceramah Umum PRK Nenggiri di Unit Daerah Mengundi Sungai Asap malam semalam.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, telah menyindir Annuar kerana memakai pakaian berjenama semasa berkempen.

Menurutnya, Annuar sepatutnya mengurangkan sikap menunjuk-nunjuk kemewahan supaya tidak menyinggung masyarakat Orang Asli di DUN berkenaan.

“Tular beberapa gambar Annuar Musa memakai barang jenama Louis Vuitton (LV). Baju LV, jam LV, selipar pun LV. Ini kerana Annuar memakai baju LV semasa memberikan maggi mee (mi segera) kepada pengundi Orang Asli,” katanya.

BACA: Warganegara China luah hasrat ‘teringin’ borong rumah di Malaysia